Sayyid Ja'far Al-Barzanji
Sayyid
Ja'far bin Sayyid Hasan bin Sayyid 'Abdul Karim bin Sayyid Muhammad bin Sayyid
Rasul al-Barzanji adalah seorang
ulama besar keturunan Junjungan Nabi s.a.w. dari keluarga Saadah al-Barzanji
yang masyhur berasal dari Barzanj di Iraq. Beliau dilahirkan di Kota Madinah
al-Munawwarah pada tahun 1126H. Segala usul Sayyid Ja'far semuanya merupakan
ulama terkemuka yang terkenal dengan ilmu dan amal, keutamaan dan kesholehan.
Habib Prof. Dr. Muhammad bin 'Alwi bin 'Abbas al-Maliki telah berjaya dalam bidang hadits, bahawa al-Habib Prof. Dr. Muhammad al-Maliki telah meraih gelar Dukturahnya
dalam bidang hadits pada usianya 25 tahun dari Universiti al-Azhar asy-Syarif, telah menulis dalam "Haul Ihtifaal bi dzikra al-Mawlid an-Nabawi asy-Syarif" pada halaman 99 :-
Al-'Allaamah al-Muhaddits al-Musnid as-Sayyid
Ja'far bin Hasan bin 'Abdul Karim al-Barzanji adalah MUFTI ASY-SYAFI`IYYAH di
Kota Madinah al-Munawwarah. Telah berlaku perselisihan tentang tarikh
kewafatannya, di mana sebahagiannya menyebut yang beliau meninggal pada tahun
1177H. Imam az-Zubaidi dalam "al-Mu'jam al-Mukhtash" menulis bahawa
beliau wafat tahun1184H, di mana Imam az-Zubaidi pernah berjumpa dengan beliau
dan menghadiri majlis pengajiannya di Masjid Nabawi yang mulia.
Beliau
adalah pengarang kitab mawlid yang masyhur dan terkenal dengan nama "Mawlid
al-Barzanji". Sebahagian ulama menyatakan bahawa nama karangannya
tersebut sebagai "I'qdul Jawhar fi mawlid an-Nabiyyil Azhar". Mawlid
karangan beliau ini adalah di antara kitab mawlid yang paling tersohor dan
paling luas tersebar ke pelosok negeri 'Arab dan Islam, baik di Timur maupun di
Barat. Bahkan ramai kalangan 'Arab dan 'Ajam yang menghafalnya dan mereka
membacanya dalam perhimpunan-perhimpunan agama yang munasabah. Kandungannya
merupakan khulaashah (ringkasan) sirah nabawiyyah yang meliputi kisah lahir
baginda, perutusan baginda sebagai rasul, hijrah, akhlak, peperangan sehingga
kewafatan baginda................
Kitab "Mawlid al-Barzanji" ini
telah disyarahkan oleh al-'Allaamah al-Faqih asy-Syaikh Abu 'Abdullah Muhammad
bin Ahmad yang terkenal dengan panggilan Ba`ilisy yang wafat tahun 1299H dengan
satu syarah yang memadai, cukup elok dan bermanfaat yang dinamakan
"al-Qawl al-Munji 'ala Mawlid al-Barzanji" yang telah banyak kali
diulang cetaknya di Mesir.
Ikhwah
lihat, bagaimana Habib Muhammad menyatakan bahawa Sayyid Ja'far adalah seorang
'allaamah, seorang muhaddits lagi musnid yang menjadi sanad dan sandaran umat.
Jadi bagaimana kita tergamak membuka mulut kita dan menggerakkan lidah kita
yang tidak bertulang untuk mencemoh dan merendah-rendahkan pribadi seperti
Sayyid Ja'far, Mufti Syafi`iyyah di Kota Madinah. Allahu ... Allah. Sebagaimana
dinyatakan oleh Maulana al-Maliki di atas, mawlid Sidi Ja'far al-Barzanji ini
telah disyarahkan pula oleh para ulama kenamaan umat ini.
Antara
yang masyhur mensyarahkannya ialah Syaikh Muhammad bin Ahmad 'Ilyisy al-Maaliki
al-'Asy'ari asy-Syadzili al-Azhari yang mengarang kitab "al-Qawl al-Munji
'ala Mawlid al-Barzanji". Beliau ini adalah seorang ulama besar keluaran
al-Azhar asy-Syarif, bermazhab Maliki lagi Asy`ari dan menjalankan Thoriqah
asy-Syadziliyyah. Beliau lahir pada tahun 1217H (1802M) dan wafat pada tahun
1299H (1882M). Beliau bukanlah calang-calang ulama pula, ketinggian ilmunya
dapat dilihat dalam kitab-kitab karangannya yang bernilai tinggi, antaranya :
"Hidaayatul Muriid li 'Aqiidati Ahlit Tauhiid", "Syarah
al-'Aqaa-idul Kubra lis Sanusi", "Haasyiah 'ala Syarhish Shoghir
lid-Dardiir", "Minhul Jaliil 'ala Mukhtashar Khaliil" dan
"Hidaayatus Saalik ila Aqrabil Masaalik fi Furu`il Fiqhil Maaliki".
Selain
Syaikh Ba`ilisy, ulama kita kelahiran Banten, Pulau Jawa, yang terkenal sebagai
ulama dan penulis yang produktif dengan banyak karangannya. Sayyidul 'Ulama-il
Hijaz, an-Nawawi ats-Tsani, Syaikh Muhammad Nawawi al-Bantani al-Jawi turut
menulis syarah yang lathifah bagi "Mawlid al-Barzanji" dan
karangannya itu dinamakannya "Madaarijush Shu`uud ila Iktisaa-il
Buruud".
Manakala,
seorang keturunan Sayyid Ja'far al-Barzanji yang mempunyai nama yang sama
dengan beliau, iaitu Sayyid Ja'far bin Sayyid Isma`il bin Sayyid Zainal 'Abidin
bin Sayyid Muhammad al-Hadi bin Sayyid Zain yang merupakan suami kepada
satu-satunya anak Sayyid Ja'far al-Barzanji, telah juga menulis syarah bagi
"Mawlid al-Barzanji" tersebut yang dinamakannya "al-Kawkabul
Anwar 'ala 'Iqdil Jawhar fi Mawlidin Nabiyil Azhar".
Sayyid
Ja'far ini juga adalah seorang ulama besar keluaran al-Azhar asy-Syarif. Beliau
juga merupakan seorang Mufti Syafi`iyyah.
Karangan-karangan
beliau antaranya:
1.
"Syawaahidul Ghufraan 'ala Jaliyal Ahzan fi Fadhaa-il Ramadhan",
2.
"Mashaabiihul Ghurar 'ala Jaliyal Kadar"
3."Taajul
Ibtihaaj 'ala Dhau-il Wahhaaj fi Israa` wal Mi'raaj".
Beliau
juga telah menulis sebuah manaqib yang menceritakan perjalanan hidup dan
ketinggian nendanya Sayyid Ja'far al-Barzanji dengan jodol "ar-Raudhul
A'thar fi Manaqib as-Sayyid Ja'far". Berbalik kepada Sidi Ja'far al-Barzanji,
selain dipandang sebagai mufti, beliau juga menjadi khatib di Masjid Nabawi dan
mengajar di dalam masjid yang mulia tersebut. Beliau terkenal bukan sahaja
kerana ilmu, akhlak dan taqwanya, tapi juga dengan kekeramatan dan kemakbulan
doanya. Penduduk Madinah sering meminta beliau berdoa untuk hujan pada
musim-musim kemarau. Diceritakan bahawa satu ketika di musim kemarau, sedang
beliau sedang menyampaikan khutbah Jumaatnya, seseorang telah meminta beliau
beristisqa` memohon hujan. Maka dalam khutbahnya itu beliau pun berdoa memohon
hujan, dengan serta merta doanya terkabul dan hujan terus turun dengan lebatnya
sehingga seminggu, persis sebagaimana yang pernah berlaku pada zaman Junjungan
Nabi s.a.w. dahulu. Menyaksikan peristiwa tersebut, maka sebahagian ulama pada
zaman itu telah memuji beliau dengan bait-bait syair yang berbunyi:-
سقى
الفروق بالعباس قدما * و نحن بجعفر غيثا سقينا
فذاك و
سيلة لهم و هذا * وسيلتنا إمام العارفينا
Dahulu
al-Faruuq dengan al-'Abbas beristisqa` memohon hujan
Dan
kami dengan Ja'far pula beristisqa` memohon hujan
Maka
yang demikian itu wasilah mereka kepada Tuhan
Dan
ini wasilah kami seorang Imam yang 'aarifin
Sidi
Ja'far al-Barzanji wafat di Kota Madinah dan dimakamkan di Jannatul Baqi`,
sebelah bawah maqam nenda-nenda beliau dari kalangan anak-anak perempuan
Junjungan Nabi s.a.w. Allahu ... Allah. Bertuah sungguh Sayyid Ja'far.
Karangannya membawa umat ingatkan Junjungan Nabi s.a.w., membawa umat kasihkan
Junjungan Nabi s.a.w., membawa umat rindukan Junjungan Nabi s.a.w. Setiap kali
karangannya dibaca, pasti sholawat dan salam dilantunkan buat Junjungan Nabi
s.a.w. Juga umat tidak lupa mendoakan Sayyid Ja'far yang telah berjasa
menyebarkan keharuman pribadi dan sirah kehidupan makhluk termulia keturunan
Adnan. Allahu ... Allah.
اللهم
اغفر لناسج هذه البرود المحبرة المولدية
سيدنا
جعفر من إلى البرزنج نسبته و منتماه
و حقق
له الفوز بقربك و الرجاء و الأمنية
و اجعل
مع المقربين مقيله و سكناه
و
استرله عيبه و عجزه و حصره و عيه
و
كاتبها و قارئها و من اصاخ إليه سمعه و اصغاه
Ya
Allah ampunkan pengarang jalinan mawlid indah nyata
Sayyidina
Ja'far kepada Barzanj ternisbah dirinya
Kejayaan
berdamping denganMu hasilkan baginya
Juga
kabul segala harapan dan cita-cita
Jadikanlah
dia bersama muqarrabin berkediaman dalam syurga
Tutupkan
segala keaiban dan kelemahannya
Segala
kekurangan dan kekeliruannya
Seumpamanya
Ya Allah harap dikurnia juga
Bagi
penulis, pembaca serta pendengarnya Kegigihan beliau menuntut ilmu: Semasa
kecilnya beliau telah belajar Al-Quran dari Syeikh Ismail Al-Yamani, dan
belajar tajwid serta membaiki bacaan dengan Syeikh Yusof As-So’iedi dan Syeikh
Syamsuddin Al-Misri.
Antara
guru-guru beliau dalam ilmu agama dan syariat:-
-
Syed Abdul Karim Haidar Al-Barzanji
-
Syeikh Yusuf Al-Kurdi
-
Syed Athiyatullah Al-Hindi.
Beliau
kemudiannya berhijrah dan menetap di Mekah selama lima tahun. Di sana beliau
telah belajar daripada ulamak-ulamak terkenal, antaranya:-
-
Syeikh Athaallah ibn Ahmad Al-Azhari
-
Syeikh Abdul Wahab At-Thanthowi Al-Ahmadi
-
Syeikh Ahmad Al-Asybuli
Beliau
juga telah diijazahkan oleh sebahagian ulama’, antaranya:-
-
Syeikh Muhammad At-Thoyib Al-Fasi
-
Syed Muhammad At-Thobari
-
Syeikh Muhammad ibn Hasan Al-A’jimi
-
Syed Musthofa Al-Bakri
-
Syeikh Abdullah As-Syubrawi Al-Misri
Ilmu
yang dikuasai :
Syed
Ja’far Al-Barzanji telah menguasai banyak cabang ilmu, antaranya: Shoraf, Nahu,
Manthiq, Ma’ani, Bayan, Adab, Fiqh, Usul Fiqh, Faraidh, Hisab, Usuluddin,
Hadis, Usul Hadis, Tafsir, Hikmah, Handasah, A’rudh, Kalam, Lughah, Sirah,
Qiraat, Suluk, Tasawuf, Kutub Ahkam, Rijal, Mustholah...
Karangan
beliau:
- جالية
الكدر بأسماء أصحاب سيد الملائك والبشر
- جالية
الكرب بأسماء سيد العجم والعرب في أسماء البدريين والأحديين
- الجني
الداني في مناقب الشيخ عبد القادر
- الروض
المعطار فيما يحدي السيد محمد من الأشعار
- الشقائق
الأترجية في مناقب الأشراف البرزنجية
- الطوالع
الأسعدية من المطالع المشرقية
- العرين
لأسماء الصحابة البدريين
- فتح
الرحمن على أجوبة السيد رمضان
- الفيض
اللطيف بإجابة نائب الشرع الشريف
- النفح
الفرجي في فتح جته جي في التاريخ
- نهوض
الليث لجواب أبي الغيث
- عقد
الجوهر في مولد النبي الأزهر صلى الله عليه وسلم (kitab maulid yang
dikenali dengan Maulid Barzanji)
Kemasyhuran
beliau:
Beliau
telah diiktiraf dan mendapat kedudukan di sisi pembesar Mekah dan Madinah,
serta menteri-menteri Kerajaan Uthmaniah. Tersebarlah kemasyhuran dan kehebatan
beliau keseluruh pelusuk dunia Islam, sehinggakan beliau dikenali ramai.
Karangan-karangan beliau telah diterima dan dipuji oleh ulama’-ulama’ sezaman
denganya sehingga tersebarnya tulisan beliau dikalangan penuntut ilmu.
Sifat-sifat
beliau:
Mempunyai
akhlak yang terpuji, jiwa yang bersih, sangat pemaaf dan pengampun, zuhud, amat
berpegang dengan Al-Quran dan Sunnah, wara’, banyak berzikir, sentiasa
bertafakkur, mendahului dalam membuat kebajikan bersedekah,dan s pemurah,...
Dari
riwayat hidup Syed Ja’far Al-Barzanji di atas, jelas kepada kita bahawa beliau
bukannya calang-calang orang seperti yang didakwa oleh sesetengah pihak. Bahkan
beliau menjawat jawatan Mufti Madinah Munawwarah sekian lama yang menunjukkan
kepada kita ketinggian ilmu beliau dan kesolehan beliau.
Rujukan:
2.
Kasyfuz Zunun ‘an Asami Al-Kutub wal Funun, karangan Haji Khalifah, cetakan
1999 M Darul Fikr, Beirut, bab jim ‘ja’far’, jilid 5, muka surat 211.
3.
Al-Asybah wan Nazhair, Jaluddin As-Suyuthy, cetakan ketiga 2005 M Darul Kutub
Al-Ilmiah, Beirut, jilid 2, muka surat 225.
و
الحمد لله رب العالمين
No comments:
Post a Comment