BISMILLAH ( Dengan nama Allah )
Barangsiapa
membaca sebanyak 21 kali ketika hendak tidur, nescaya terpelihara dari godaan
dan gangguan syaitan, dari bencana manusia dan jin, daripada kecurian dan
kebakaran, dan daripada kematian terkejut. Dan barangsiapa membaca sebanyak 50
kali diahadapan orang yang zalim, hinalah dan masuk ketakutan dalam hati si
zalim serta naiklah keberanian dan kehebatan kepada pembaca.
SURAH AL-FATIHAH ( Pembukaan )
Barangsiapa
membacanya sebanyak 41 kali diantara sembahyang sunatnya, nescaya permintaannya
di perkenankan, jika sakit lekas sembuh dan nescaya dikasihi oleh makhluk dan
ditakuti oleh musuh. Barangsiapa membaca 20 kali sesudah tiap-tiap sembahyang
fardhu, nescaya rezkinya dilapangkan oleh Tuhan dan bertambah baik keadaannya,
serta bercahaya rohaninya.
AYAT AL-KURSI ( Kekuasaan Allah )
Barangsiapa
membacanya sekali selepas setiap sembahyang fardhu, nescaya terpelihara dari
tipudaya dan ganguan syaitan. Dengan membacanya, seorang yang miskin akan
menjadi kaya, dan jika dibaca ketika hendak tidur nescaya akan terselamat dari
kecurian, kebakaran dan kekaraman. Barangsiapa sentiasa membaca ayat Al-Kursi,
nescaya Allah akan kurniakan kepada ahli rumahnya kebaikkan yang tidak
terhitung banyaknya. Barangsiapa berwudhuk lalu membaca sekali, nescaya Allah
Akan meninggikan darjatnya setinggi 40 darjat dan Allah akan mendatangkan para
malaikat menurut bilangan hurufnya, raya berdoa untuk sipembaca sehinggalah ke
hari Qiamat. Dan tersebut dalam hadith yang lain:Barangsiapa membacanya ketika
hendak tidur, nescaya Allah akan membuka pintu rahmat baginya hingga kesubuh,
dan mengurniakan kota nur menurut bilangan rambut dibadannya. Jika sipembacanya
meninggal dunia pada malam itu, ia dikira mati syahid. Hadith yang lain
mengatakan: Barangsiapa membacanya selepas setiap sembahyang fardhu, nescaya
akan terpelihara dari kekerasan malakul-maut, dan Allah sendiri yang mencabut
rohnya, dan dia akan dibangkitkan bersama para Mujahid yang berjihad beserta
para Anbiya hingga ia gugur mati Syahid. Imam Jaafar Shadiq r.a. mengatakan:
Barangsiapa membaca sekali, nescaya Allah akan menghindar darinya 1,000
kesukaran duniawi, yang terkecil sekali ialah kemiskinan dan kepapaan, dan
1,000 kesukaran ukhrawi, yang terkecil sekali ialah azab neraka.
SURAH AL-BAQARAH ( Sapi Betina )
Barangsiapa
membaca dua ayat terakhir dari surah ini (Amanarrasulu) sebelum tidur, ia akan
terselamat dari segala bala bencana dan mara bahaya.
SURAH ALI-IMRAN ( Keluarga Imran )
Barangsiapa
membaca tiga ayat yang pertama dari surah ini, Nescaya ia akan mencapai kesihatan
dari segala penyakit dan terselamat dari gangguan jin.
SURAH AN-NISSA’ ( Perempuan )
Barangsiapa
yang membaca ayat yang ke 75 dari surah ini, nescaya ia akan terselamat dari
kejahatan para penjahat.
SURAH AL-MAIDAH ( Hidangan )
Barang siapa
membaca ayat yang ke 7 dari surah ini, sebanyak yang mungkin selama 3 hari
berturut -turut, insya Allah akan terselamat dari was-was semasa wudhu dan
sembahyang. Barang siapa membaca ayat 89 hingga ayat 101 dari surah ini, keatas
air lalu diberi minum kepada orang yang bercakap dusta, nescaya ia tidak akan
bercakap dusta lagi.
SURAH AL-AN’AM ( Binatang Ternak )
Barang siapa
membacanya sebanyak 7 kali, nescaya akan terhindar dari segala bala bencana.
Jika ayat 63 dan 64 dari surah ini,dibaca oleh penumpang kapal, ia akan
terselamat dari karam dan tenggelam.
SURAH AL-A’RAAF ( Benteng Tinggi )
Barang kali
membaca ayat 23 dari surah ini, selepas tiap-tiap sembahyang fardhu, lalu
beristighfar kepada Allah, nescaya akan terampun segala dosanya. Barang siapa
membaca ayat 47 dari surah ini, ia akan terpelihara dari kekacauan para
penzalim serta ia akan mendapat rahmat Allah.
SURAH AL- AN FAL (Rampasan)
Barang siapa
membaca ayat 62 dan 63 dari surah ini, nescaya dia akan di cintai dan dihormati
oleh sekalian manusia.
SURAH AL-BARAAH (AT-TAUBAH) (Pemutus
perhubungan)
Barangsiapa
membacanya, nescaya akan terselamat dari kemunafiqan dan akan mencapai hakikat
iman. Barang siapa membaca ayat 111 dari surah ini,dikedai atau ditempat-tempat
perniagaan, nescaya akan maju perniagaannya itu.
SURAH YUNUS (Yunus)
Barangsiapa
membaca ayat 31dari surah ini, keatas Perempuan yang hamil, nescaya ia
melahirkan anak dalam kandungannya itu dengan selamat.Barangsiapa membaca ayat
64 dari surah ini, nescaya ia akan terhindar dari mimpi-mimpi yang buruk dan
mengigau.
SURAH AL-HUD (Hud)
Barang siapa
membaca, nescaya ia akan mendapat kekuatan dan Kehebatan serta ketenangan dan
ketenteraman jiwa. Barang siapa membaca ayat 56 dari surah ini, pada setiap
masa, nescaya ia akan terselamat dari gangguan manusia yang jahat dan binatang
yang liar. Barang siapa membaca ayat 112 dari surah ini, sebanyak 11 Kali
selepas tiap-tiap sembahyang, nescaya akan mencapai ketetapan hati.
SURAH YUSUF (Yusuf)
Barang siapa
membacanya, akan di murahkan rezekinya dan diberikan kemuliaan kepadanya.
Barang siapa membaca ayat 64 dari surah ini, ia akan terhindar dari kepahitan
dan kesukaran hidup.Barang siapa membaca ayat 68 dari surah ini, nescaya Allah
akan mengurniakan kesalehan kepada anak-anaknya.
SURAH AR-RA’D (Petir)
Barang siapa
membaca ayat 13 dari surah ini, ia akan terselamat dari petir. Dan barangsiapa
membaca ayat 28 dari surah ini, nescaya Penyakit jantungnya akan sembuh.
SURAH IBRAHIM (Ibrahim)
Barang siapa
membaca ayat-ayat 32 hingga 34 dari surah ini, nescaya anak-anaknya akan
terhindar dari perbuatan-perbuatan syirik dan bida’ah.
SURAH AL-IIIJ’R (Batu Gunung)
Barang siapa
membaca 3 ayat yang terakhir dari surah ini, ke atas perempuan yang selalu anak
kandungannya gugur, nescaya anak kandungannya itu akan terselamat, dari
gugurnya.
SURAH BANI ISRAIL (anak-anak Israil)
Barang siapa
membacanya ke atas air, lalu diberi minum kepada orang yang bercakap gagap
insya Allah akan hilang gagapnya itu. Barang siapa membaca ayat 80 dari surah
ini, ketika pulang dari perjalanan, nescaya dia akan dimuliakan dan dihormati
oleh orang-orang yang setempat dengannya.
SURAH AL-KAHF (Gua)
Barang siapa
membacanya, akan terhindar dari kemiskinan dan kepapaan. Barang siapa
membacanya pada malam Jumaat, nescaya dia akan mendapat rezeki yang murah.
SURAH MARYAM (Maryam)
Barang siapa membacanya, nescaya akan mendapat
kejayaan di dunia dan di akhirat.
SURAH THAAHAA (Hai Manusia)
Barang siapa
membacanya, nescaya Allah akan mengurniakan kepadanya ilmu pengetahuan dan akan
tercapai segala maksudnya. Barang siapa membaca ayat-ayat 25 hingga 28 sebanyak
21 kali, tiap-tiap hari selepas sembahyang subuh nescaya otaknya akan cerdas
dan akalnya akan sempurna.
SURAH AL ANBIYA (Nabi-Nabi)
Barang siapa
membaca ayat 83 dari surah ini, nescaya dia akan mendapat sebesar-besar pangkat
di sisi Allah s.w.t .
SURAH AL-HAJ (Haji)
Barang siapa
membacanya, Allah akan membinasakan musuh-musuhnya.
SURAH AL-MU’MINUN (Orang-orang Mukmin)
Barang siapa
membacanya ke atas air, lalu diberi minum kepada orang yang selalu minum
minuman keras,nescaya dia tidak akan meminumnya lagi. Barang siapa membaca ayat
28 dari surah ini, nescaya perahunya akan terselamat daripada karam dan
rumahnya akan terselamat dari kecurian dan serangan musuh.
SURAH AN-NUUR (Cahaya)
Barang siapa
membacanya, nescaya ia akan terhindar dari mimpi-mimpi yang buruk. Barang siapa
membaca ayat 35 dari surah ini,pada hari Jumaat sebelum sembahyang Asar,
nescaya dia akan disegani oleh orang ramai.
SURAH AL-FURQAN (Pembeza)
Barang siapa
membacanya sebanyak 3 kali ke atas air yang bersih, lalu air itu dipercikkan di
dalam rumah, nescaya rumah itu akan terselamat dari gangguan binatang-binatang
yang liar dan ular-ular yang bisa.
SURAH ASY-SYU A’RA (Ahli-ahli Syair)
Barang siapa
membaca ayat 130 dari surah ini, sebanyak 7 kali dengan senafas ke atas
orang-orang yang digigit oleh binatang-binatang yang berbisa nescaya akan
hilang bisa-bisa itu.
SURAH AN-NAML (Semut)
Barang siapa
membacanya nescaya nikmat-nikmat Allah akan kekal kepadanya.
SURAH AL-QA-SHASH (Cerita)
Barang siapa
membacanya ke atas pekerja-pekerjanya, nescaya Mereka tidak akan mencuri dan
mengkhianat. Barang siapa membaca ayat-ayat 51 hingga 55 dari surah ini,
Nescaya otaknya akan cergas, akalnya akan sempurna dan budi pekertinya akan
halus.
SURAH AL-AN KABUT (Labah-labah)
Barang siapa
membacanya, nescaya demamnya akan sembuh. Barang siapa membacanya, nescaya ia
akan terhindar dari gelisah dan keluh kesah.
SURAH AR-RUM (Rum)
Barang siapa membacanya, nescaya Allah akan
membinasakan orang yang hendak menzaliminya.
SURAH LUQMAN (Luqman)
Barang siapa
membacanya, nescaya ia akan terhindar dari segala-gala penyakit terutama dari
penyakit-penyakit perut. Barang siapa membaca ayat31 dari surah ini, nescaya
akan terselamat dari bencana banjir.
SURAH AS – SAJ DAH (Sujud)
Barang siapa
membaca ayat-ayat 7 hingga 9 dari surah ini, ke atas kanak-kanak yang baru
lahir, nescaya ia akan terhindar dari segala-gala penyakit ruhani dan jasmani.
SURAH AL-AHZAB (Golongan-Golongan)
Barang siapa
membaca ayat-ayat 45 hingga 48 dari surah ini, nescaya ia akan mendapat
kemuliaan dan kehormatan sejati. Dan barang siapa membaca ayat-ayat 60 hingga
66 dari surah ini, nescaya Allah akan membinasakan musuh-musuhnya.
SURAH SABA’ (Saba’)
Dengan
membacanya, terselamatlah ia dari segala-gala bala bencana, terutamanya dari
rosaknya tanam-tanaman.
SURAH FAATHIR ( Pencipta )
Barang siapa membaca ayat-ayat 29 dan 30, nescaya
Allah Akan memberkati perniagaannya.
SURAH YAASIIN ( Hai Manusia )
Nabi kita Muhammad s.a.w bersabda : “Tiap-tiap sesuatu
Mempunyai hati dan hati Al-Quran ialah surah Yaasiin.” Yaasiin kerana Allah,
nescaya akan terampun segala-gala dosanya kecuali dosa syirik..” Dalam satu
hadith yang lain Baginda s.a.w bersabda: “Hendaklah kamu membaca surah Yaasiin
ke atas pesakit-pesakitmu yang menghadapi sakaratul-maut, nescaya Allah s.w.t
akan meringankan kekerasan sakaratul-maut itu.” Dalam satu hadith yang lain
pula Baginda s.a.w bersabda : “Aku ingin benar, agar surah Yaasiin ini dihafaz
oleh tiap-tiap umatku.” Barang siapa membacanya sebanyak 41 kali, pasti akan
tercapai segala hajat dan cita-citanya. Barang siapa membacanya sebanyak 21
kali pada malam Jumaat, Lalu berdoa istghfar untuk kedua ibu bapanya, nescaya
dosa kedua ibu bapanya akan diampunkan oleh Tuhan. Barang siapa membaca sekali
ketika membuka kedai atau perniagaan, nescaya akan maju perniagaannya itu.
Barang siapa membacanya sekali pada awal malam, andaikata ia mati pada malam
itu, mesti ia mati syahid. Barang siapa membacanya sekali selepas tiap-tiap sembahyang
Jumaat,nescaya ia akan diselamatkan dari siksa kubur. Jika dibacanya oleh
seorang askar, ketika ia hendak turun kemedan peperangan, Allah akan
mengurniakan kepadanya keberanian dan kegagahan, serta naiklah ketakutan pada
musuh-musuhnya. Hikmat-hikmat dan khasiat-khasiat surah Yaasiin ini banyak
benar didapati di dalam kitab-kitab hadith tetapi cukuplah setakat ini untuk
diamal oleh anda sekalian.
SURAH ASH-SHAAFFAAT ( Yang Berbaris )
Barang siapa membacanya, insya Allah in akan
terpelihara daripada gangguan jin.
SURAH SHAAD (Shaad)
Dengan
membaca ayat 42 dari surah ini, nescaya akan mendapat kebahagian sejati.
”Berdoalah kepadaKu, nanti Aku perkenankan
permintaanmu. Sesungguhnya orang-orang yang menyombongkan dirinya dari
menyembah Aku, mereka akan masuk neraka jahannam dengan hina.” [Al-Mukmin: 60]
No comments:
Post a Comment