Biodata Dan Tarikh Lahir Puteri Gunung Ledang
Berikut
adalah biodata dan tarikh lahir Puteri Gunung Ledang untuk info tambahan.
Nama
beliau yang asal ialah Raden Puteri Mas Nyawa. Kemudian di gelar Raden
Puteri Ratna Gumilah Sari atau Puteri Siti Jamilah.
Bapanya
ialah Sultan Ali Akabar Al Fatahillah bin Prabu Brawijaya. Ibu beliau ialah
Raden Siti Murtassimah binti Raden Rahmat / Sunan Ampel.
Puteri
Gunung Ledang di lahir kan di Bintoro Demak pada tahun 1485 M. Di besarkan oleh
bapa nya yang pada masa itu belum menjadi Sultan Demak. Bintoro Demak pada
asalnya adalah hadiah dari Bapa Raden Patah kepada Sunan Ampel(Wali Songo) untuk
menubuhkan Pesantren Pertama Pulau Jawa.
Pada
tahun 1501 M , Raden Puteri Jamilah di kawinkan dengan sepupunya Raden Abdul
Qadir bin Raden Mohamad Yunus bin Sayyid Khalid Al Idrus. Radin Abdul Qadir
adalah anak Adipati Jepara. Pada tahun 1478 M. Bintoro Demak melancar kan
seranggan ke atas Majapahit dan Kerajaan Hindu ini runtuh. Maka berdirilah
Bintoro Demak mengwakili Majapahit yang akhirnya bergelar KERAJAAN ISLAM DEMAK.
Sultan AlFatah sebenar nya tidak ada anak lelaki, yang ada anak lelaki ialah
adik nya Raden Husin. Disebabkan Raden Husin rapat dengan Raden Fatah, anak
anak lelaki Raden Husin di didik nya sebagai anak angkat.
Pada
tahun 1506 M Raden Siti Jamilah datang ke Pulau Besar untuk menuntut ilmu agama
Islam.Pada masa itu Syeikh Sultan Ariffin Sayyid Ismail menjadi Ketua Ulama di
Pulau Besar. Maulana Ishaq dan Sayyid Thanauddin masih ada di Pulau itu.
Hasil
perkahwinan dengan Raden Abdul Qader maka lahir lah Raden Abu Bakar (1502-1521
M ) dan Raden Abu Syahid (1503-1521 M).Kedua anak nya SYAHID di Pulau Besar
pada tahun 1521 M.
Raden
Abdul Qader menjadi Sultan Demak ke 2 pada tahun 1518 M. Dimasa ini Sultan ini
telah ada 3 orang isteri iaitu
1.Raden
Puteri Siti Jamilah..anaknya Raden Abu Bakar dan Raden Abu Syahid.
2.Raden
Puteri Mas Ayu binti Sunan Gunong Jati…tiada anak.
3.Syarifah
Siti Zubaidah binti Syeikh Sultan Ariffin Sayyid Ismail…melahirkan Raden
Abdullah
Setelah
Demak kalah dalam pertempuran dengan Melaka pada tahun 1521 M. Raden Puteri
Jamilah menyepi ke Gunung Ledang. Beliau memang bersedih kerana SUAMI DAN 2
ANAK TERCINTA nya SYAHID di Pulau Besar. Di samping itu PEREBUTAN TAKHTA
berlaku di Demak di antara Raden Tronggano dan Raden Kikin, menyebabkan Raden
Kikin di bunoh !!!.Raden Yunus bin Raden Husin,adik bongsu Raden Tronggono lari
ke Palembang dan menukar nama ke KIAI GEDE ING SURO.
Pada
tahun 1645 M Puteri Siti Jamilah atau PUTERI GUNONG LEDANG wafat dan di
semadikan di samping Makam Suami nya.
Itu
lah Sejarah ringkas yang dapat disunting dan memang ada lagi kisah suka dan
duka dalam riwayat hidup beliau…Cuma saya nak beritahu SIAPAKAH PUTERI GUNONG
LEDANG YANG SEBENARNYA, DAN DARIMANA ASAL NYA,SIAPA BAPA DAN SIAPA GURU NYA
No comments:
Post a Comment