41 Tanda Dalam Badan
Anda Ada Jin
Ada
ramai juga di kalangan kawan yang tak ambil peduli pasal jin. Kawan-kawan jenis itu biasanya memandang
remeh jika ada orang yang mendakwa mereka terkena gangguan jin atau buatan
sihir manusia. Mereka rasa orang yang seperti itu adalah lekeh kerana tidak
kuat iman. Itu kata kawan-kawan yang ‘kebal jin’. Setiap kali berbincang
tentang buatan orang atau rasukan jin, mereka hanya ketawa sinis dan memandang
rendah pada golongan yang hidup asyik salahkan jin. Bagi mereka yang
berpengalaman terkena rasukan jin atau buatan sihir orang sudah tentu akan
marah dengan sikap seperti itu. Tak kena tak apalah, nanti bila kena baru
tahu!. Namun begitu, yang peliknya mereka ini tidak pernah kena lansung hal-hal
seperti itu.Jika kawasan yang orang kata ‘keras’, mereka hanya selamba buat
apa-apa saja tanpa rasa takut dan tidak mendatangkan kesan sedikit pun pada
kehidupan dan juga kesihatan mereka. Memang mereka punya genetik tertentu yang
sukar untuk jin masuk ke dalam darah.
Persamaan
jin dengan orang gila
Saya
pernah berbincang dengan mereka bahawa terkena rasukan atau gangguan jin bukan
bermakna tidak kuat pegangan iman. Ia seumpama terkena pukulan kayu yang kuat
dari belakang yang dilakukan oleh orang gila. Nak marah, orang yang memukul itu
gila, dan dia buat apa yang dia suka. Untuk mengelak perkara sedemikian
berlaku, maka kita berhati-hati apabila melihat adanya orang gila. Ini di
sebabkan samada gila atau tidak gila, hentakan kayu yang dibuat mereka mengenai
badan kita tetap sakit dan membuatkan kita merana. Begitulah juga dengan jin.
Nas-nas sahih ada tentang kewujudan mereka. Menolak wujudnya Jin sama dengan
menolak kewujudan orang gila. Jika kita berhati-hati dengan orang gila, maka
kita juga perlu berhati-hati dengan jin. Itu bukan bermakna iman tak kuat. Ia
tidak ada kena mengena dengan tahap kepercayaan, ia sekadar usaha menjauhkan
diri dari bahaya.
Simptom
kena jin
Baguslah
jika anda termasuk dalam golongan yang kebal jin. Tapi bagi mereka yang tidak
kebal jin sila baca satu persatu simptom yang disenaraikan di bawah. Jika anda
sering mengalami masalah-masalh yang tersebut, ada kemungkinan jin menumpang
duduk di dalam badan anda.
1) Sakit kepala selepas waktu asar ke atas.
2) Badan terasa berat dan malas.
3) Sukar mendapat jodoh.
4) Badan terasa bisa-bisa.
5) Sakit ketika ziarah orang meninggal.
6) Sukar tidur malam.
7) Sakit pinggang tanpa sebab.
8) Sakit dada bila waktu asar keatas.
9) Mimpi melihat binatang seperti ular dan
sebagainya.
10) Bermimpi bayi atau
menyusukan bayi
11) Bermimpi di tempat
tinggi.
12) Bermimpi di tempat
yang kotor.
13) Sakit anggota badan
tertentu seperti kaki selepas waktu asar.
14) Ada terasa benda
bergerak dibawah kulit.
15) Bayi kerap menangis.
16) Bunyi guli jatuh
diatas syiling.
17) Suami isteri kerap
bertengkar walau perkara kecil.
18) Sayang melampau-lampau
pada orang yang baru dikenali.
19) Malas beribadat.
20) Nyanyuk ketika usia
lanjut.
21) Panas baran.
22) Sikap berubah secara
mendadak.
23) Gelisah dan panas
ditengkuk bila dengar al-quran.
24) Suka melakukan tabiat
buruk.
25) Kerap sendawa bila
mendengar al-quran.
26) Kerap keguguran.
27) Gagal melakukan
hubungan kelamin.
28) Mengantuk bila dengar
al-quran.
29) Bermimpi seram yang
menakutkan.
30) Darah haid turun lebih
15 hari.
31) Batuk yang
berpanjangan.
32) Selalu ditindih ketika
tidur.
33) Kuat berangan.
34) Terlalu rasa rendah
diri dan tidak berkeyakinan.
35) Nafsu seksual yang
melampau.
36) Selalu melihat kelibat
dirumah.
37) Terasa diri selalu
diperhatikan.
38) Mandul.
39) Kerap mendengar
sesuatu bisikan.
40) Melihat jin secara
terus.
41) Sakit mental atau
gila.
No comments:
Post a Comment