Cara mudah mencari muka surat dlm Quran..!!!
Mari Kita Cuba....!
Al-Quran
adalah peninggalan Rasulullah kpd kita semua umatnya. Ada 2 benda yg Nabi
Muhammad s.a.w tinggalkan kepada kita iaitu Al-Quran dan juga Sunnah utk kita
semua amalkan. Berapa kali korang baca Al-Quran sehari? 1 kali? 2 kali atau
dalam solat sahaja? Pahala paling senang nk dapat adalah melalui pembacaan
Al-Quran kerana setiap huruf diberikan 10 pahala, tambahan pula Al_Quran adalah
kalam Allah (dtg daripada Allah sendiri bukan diciptakan manusia)
Tip yang nak kongsikan ni adalah
cara untuk menghafal muka surat setiap juzuk Al-Quran. Memang menakjubkan
kerana hanya dengan menggunakan formula matematik ringkas, kita dapat tau muka
surat setiap juzuk Al-Quran.
Jom sama2 kita belajar...
Contoh 1
Jika anda ingin mengetahui Juzuk 5
di halaman ke berapa:
5-1 = 4, 4 perlu didarab dengan 2
jadi 4 x 2 = 8
Letakkan no 2 selepas jawapan.
Jadi, juzuk 5 adalah pada halaman 82
Sekarang lihat pada Quran dan anda
akan lihat Juzuk 5 bermula pada halaman 82. Menarikkan?
Contoh 2
Jika anda ingin mengetahui Juzuk 10
di halaman ke berapa:
10-1 = 9, 9 perlu didarab dengan 2
jadi 9 x 2 = 18
Letakkan no 2 selepas jawapan.
Jadi, juzuk 10 adalah pada halaman
182
Contoh 3
Jika anda ingin mengetahui Juzuk 23
di halaman ke berapa:
23-1 = 22, 22 perlu didarab dengan 2
jadi 22 x 2 = 44
Letakkan no 2 selepas jawapan.
Jadi, juzu 23 adalah pada halaman
442
Subhanallah, memang menakjubkan kan
kawan2. Sama2 kita kongsikan kepada kawan2 kita, adik2 kita, famili2 kita supaya
kita sama2 mendapat pahala...
Dipanjangkan info ini..moga
dipanjangkan pahala bagi yg menulisnya.
No comments:
Post a Comment