Mabadi Asyarah bagi ilmu
tauhid itu ada sepuluh perkara :
1- Hadduhu
(takrif) iaitu ilmu yang membahaskan tentang ketetapan pegangan seseorang
muslim untuk mempercayai Allah, RasulNya, KitabNya dan yang
lain-lainnya dengan dalil-dalil yang diyakinkan.
2- Maudhu'uhu
(tajuk perbicaraan) iaitu zat Allah dan RasulNya daripada yang wajib , mustahil
dan harus. Dan juga segala yang ghaib yang datang dari Al-Quran dan Hadis
Rasulullah seperti syurga, neraka dan lain-lainnya.
3- Wadhihuhu
- Yang Menghantarnya(pengasas) iaitu Abu Al-Hasan Al-Asyari.
4- Masmuhu
- Nama Bagi Ilmu Ini ialah Ilmi Tauhid, Ilmu Usuluddin, Ilmu Kalam, Ilmu
Sifat, Ilmu Akidah, Ilmu Aqaidul Iman.
5- Fadhilatuhu
(kelebihan) ilmu ini ialah dapat membezakan antara akidah yang benar dengan
yang salah.
7- Ghoyahtuhu
ialah beberapa masalah yang tsabit/berkaitan pada ilmu tauhid beserta dengan
dalil-dalil.
8- Istimdaduhu
iaitu Al-Quran dan Hadis Nabi Muhammad...
9- Faidatuhu
daripada mempelajari ilmu tauhid ini beroleh kebahagiaan hidup di dunia dan
akhirat.
10- Nisbahuhu - Bandingan ilmu ini dengan ilmu-ilmu yang lain ialah ilmu ini asal bagi ilmu agama, ilmu -ilmu yang lain adalah cabang daripada ilmu tauhid. Related Posts : Tauhid
Mabadi
Asyara (Dasar/Prinsip Ilmu Tauhid)
Anda
sedang membaca artikel Mabadi Asyara
ILMU
TAUHID
1.Definasi
ilmu Tauhid
Ilmu
tauhid ialah satu ilmu yang mana dibahaskan dalamnya tentang aqidah aqidah
yakni kepercayaan yang berkaitan agama Islam , kepercayaan yang terbit
(berdasarkan) dari dalil yang terang dan yakin.
Jadi
yang diterima, menurut ta’rif ini, dalam tauhid Islam hanya aqidah yang yakin
dari dalil yang yakin pula.
Sekali-kali
tidak diterima atau tidak dapat dipandang sah sebagai ilmu tauhid, jika satu
ik’tiqad itu tidak ada dalilnya yang yakin, atau disyaki atau diragui atau
dengan jalan sangkaan sahaja.
Jadi,
syak, zhon atau waham tidaklah diterima dalam ilmu tauhid atau dalam masalah
I’tiqad Islam .
2.Maudu’
atau pokok perbahasan dalam ilmu tauhid
Ilmu
tauhid membahaskan tentang zat Allah dan zat RasulNya , yakni berkenaan sifat
yang wajib dan mustahil dan perkara yang harus pada haq Allah Taala .Demikian
pula sifat yang wajib bagi Rasul S.A.W , sifat sifat yang mustahil atasnya dan sifat
sifat yang harus bagi Rasul S.A.W.
3.Penyusun
yang pertama kitab ilmu ini atau orang yang pertama mentakwin ilmu itu sebagai satu ilmu yang
khas.
Ilmu
tauhid, yang mula mula sekali memasukkan (mentadwinkan) kedalam kitab yang khas
sebagai kitab tauhid , atau orang yang mula menyusun ilmu tauhid ialah Al Imam
Abu Hasan Al Asy’ari. Beliau wafat pada tahun 324 hijrah. Beliau adalah bernama
Ali bin Ismail Al Asy’ari. Sebab beliau dibangsakan kepada al asy’ari kerana
beliau adalah dari keturunan seseorang sahabat nabi s.a.w yang bernama Abu Musa
Al Asy’ari. Dan beliaulah imam mazhab Tauhid kita.
4.Nama
Ilmu Tauhid
Dinamakan ilmu ini dengan ILMU TAUHID ertinya
ILMU PENGESAAN kerana dalamnya dibicarakan tentang KEESAAN ALLAH S.W.T. Selain
dari nama ini , ada pula beberapa yang diberikan kepada ilmu ini , antaranya :
a .Ilmu Kalam
Kalam
disini dimaksudkan kalam sifat Allah s.w.t .
Oleh
kerana perbahasan tentang kalam ini perkara yang sulit, dan telah menimbulkan
beberapa pendapat yang amat bertentangan, bahkan telah membawa korban jiwa dan
siksaan yang hebat dari pihak yang berkuasa ( yang memerintah ) maka dinamakan
ilmu ini ilmu kalam.
b
.Ilmu aqidah iman
Kerana
yang telah jelas , bahwa yang dibahaskan dalam ini tentang aqidah iman.
c
.Ilmu sifat dua puluh.
Kerana
sebagai yang masyhur disebut orang , mengaji sifat dua puluh, iaitu ilmu tauhid
adanya.
d
.Ilmu Fiqhul-Akbar
Diberi
nama ini kerana keagungan dan ketinggian ilmu ini.
5.Matlamat
ilmu ini
Matlamatnya
ialah supaya seseorang dapat membezakan antara aqidah yang sah (yang haq) dan
yang batal, antara yang baharu dan yang qadim, dan lainnya.
6.Maksudnya
Adapun
maksud ilmu tauhid ialah supaya didapatkan dan ditetapkan masalah pada
usulluddin dengan dalilnya sama ada dari dalil akal dan dalil naqli iaitu dalil
quran dan hadis .
aqidah
Islam : dalam Islam ada aqidah yang disebut aqidah aqaliah dan ada yang disebut
aqidah sama’iah .Adapun aqidah aqaliah itu, iaitu aqidah yang dapat diberikan
dalil dan hujjahnya dengan dalil akalnya. dan aqidah sama’iah pula, ialah
aqidah yang ditetapkan atau hujjahnya dengan dalil naqli.
Meskipun
ada diantara aqidah sama’iah itu ada yang boleh diberikan dalil akal, tetapi
dalil yang lebih kuat ialah dalil sama’iahnya atau dalil naqli, seperti bagi
menetapkan wujud Tuhan yang menjadikan alam ini adalah termasuk dalam aqidah
aqaliah, tetapi sungguh pun begitu didapati juga dalil naqlinya dalam quran atau
hadis Nabi s.a.w . tetapi seperti aqidah tentang alam ghaib atau alam akhirat
seperti wujudnya neraka, syurga, dan lain lain, adalah termasuk aqidah
sama’iah.
Tetapi
jangan kita lupa bahwa dalam aqidah sama’iah dalam Islam, meskipun ditetapkan
dengan dalil naqali, namun kita tidak menjumpai dalam aqidah sama’iah itu
aqidah yang mustahil pada akal.Cuma tidak ditetapkan dengan dalil akal ,
tetapi semua aqidah sama’iah Islam itu
dapat diterima oleh akal yang waras.
Lain
hal dengan aqidah sama'iah dalam agama lain , terdapat aqidah yang bertentangan
dengan akal dan mustahil adanya.
7.Istinbatnya
Adapun
istinbat yakni tempat ambilan ilmu tauhid ini ialah dari Quran dan hadis Nabi
s.a.w. Pegangan kita adalah aqidah Islamiah mestilah ada dalil yang terang dari
dalil akal atau dalil naqli.
Oleh
itu satu aqidah itu tidak boleh kita percayai melainkan jika dia disasarkan
atas dalil yang sah, lebih lebih yang berkenaan dengan aqidah tentang Allah dan
Rasulnya, dan juga alam ghaib, termasuk soal dosa dan pahala.
8.Faedahnya
Faedah
ilmu tauhid ini, bagi mereka yang mengetahuinya, ialah mendapat kebahagian
dunia dan akhirat dengan kenalnya seseorang akan Tuhannya dan beriman dengannya
dengan iman yang sah, barulah dia boleh beribadat kepadanya, telah benarlah
qiblatnya zahir dan batinnya.
Dengan
adanya iman yang sah dihatinya, meskipun dia dimasukkan kedalam neraka kerana
berbuat suatu dosa yang tidak membatalkan imannya, nescaya dia akan dikeluarkan
juga dari neraka dan dimasukkan kedalam syurga juga akhirnya.
ertinya
: Akan keluar dari neraka itu mereka yang ada iman dalam hatinya seberat zarrah
sekalipun.
Riwayat
Imam Ahmad dan lainnya :Nabi saw menerangkan antara lain :
ertinya
: Maka tiada kekal dalam neraka itu orang yang mentauhidkan Allah melainkan
dikeluarkan oleh Allah dari neraka.
Dari
kitab tazkirah al qurthubi 88
9:
Hukum mempelajari ilmu tauhid.
Adapun
mempelajari ilmu tauhid adalah fardu ain atas tiap tiap mukallaf. ilmu ini
adalah ilmu yang pertama diperlukan apabila ditanya oleh malaikat Munkar dan
Nakir dalam kubur nanti .
Firman
Allah surah Muhammad ayat19 :
ertinya
: Bahwa engkau akan menemui satu kaum dari ahlil kitab maka hendaklah mula mula
sekali engkau seru mereka mentauhidkan Allah taala.
Maka
apabila mereka telah mengenal yang demikian beritahu mereka bahwa Allah
menfardukan atas mereka sembahyang lima waktu tiap tiap sehari semalam (yang
mereka temui) setelah mereka mengerjakan sembahyang lima waktu itu ,
beritahulah mereka bahwa
Allah
menfardukan atas mereka mengeluarkan zakat harta mereka, diambil oleh orang
kaya diantara mereka, diberikan kepada orang fakir mereka .
10:Nasabnya,
Kekeluargaan ilmu itu .
Nasab
ilmu tauhid itu adalah dari ilmu syariat Islam adanya .
Kenapa
Ilmu Tauhid di Takwinkan (dibukukan)
Kerana
pada masa Nabi s.a.w juga masa khalifah dan masa permulaan tabi’in, bila timbul
satu satu masalah, dan untuk mengendalikan hukum hukum dan fatwa-fatwa, mereka
menyerahkan kepada nabi s.a.w, atau kepada khalifah atau kepada sahabat atau
mereka yang berkuasa, yang dipandang ahli bagi dalam sesuatu ilmu .
Tetapi
pada akhirnya, mula timbul fatwa-fatwa dan aliran-aliran yang dipandang
menyeleweng dan terpesong dari ajaran Islam yang sebenarnya dan dalam masalah
I’tiqad telah terkeluar dari I’tiqad ahli-Sunnah Wal-Jamaah, dan telah
kelihatan tanda tanda perpecahan yang telah dibayangkan oleh Nabi s.a.w
sendiri, dan akan membahayakan atas kesucian agama Islam, maka tampillah para
mujtahid mentadwinkan ilmu fiqeh, seperti Imam Abu Hanifah, Imam Malik, Imam
Syafi’i , Imam Hambali , dan lain lain imam seperti Imam Sufyan Al Stauri dan
Imam Daud Al Zhahir. Mereka menyatakan garis-garis timbangan amal syar’i Islam
yang menjadi pedoman orang belakangan mereka .
Dari
Kitab Yawaqit Wal-Jawahir Imam Sya’rani.
******************************************
Alam
adalah tanda bagi adanya Allah s.w.t .
Adanya
alam yang baharu ini adalah menjadi dalil yang menunjukkan adanya Tuhan yang
maha kuasa , Tuhan yang wajib wujudnya, yang qadim lagi azali.
Dialah
yang menjadikan dan yang menjaga, dialah yang mengatur segala sesuatu, dia yang
mentadbirkannya. Dialah yang zahir pada segala suatu bagi mereka yang tajam
pandangan hatinya .
Dialah
yang menyatakan (menzahirkan) segala suatu dalam alam ini Kerana kalaulah tidak
kerananya, seperti bintang itu diberi Allah cahaya yang dapat dilihat,nescaya
tidaklah kita tahu adanya bintang bintang dilangit itu .
Oleh
itu jangan lah kita sangka bahwa Tuhan itu terdinding dengan alam ini, kerana
yang terdinding itu adalah dikuasai atau digagahi oleh yang lainnya, Pada hal,
yang sebenarnya Allah itu adalah menguasai segala suatu .
Seperti
firman nya swt surah al an’an ayat 18 :
ertinya:
” Dan Dia (Allah) itu adalah menguasai segala hambanya dan betapa Dia boleh
tersembunyi pada hal Dia lebih nyata pada segala sesuatu"
Bila
kita selidik alam ini, ada yang menjadikannya, dan adanya segala suatu itu
adalah sebagai tanda atas adanya Tuhan, maka Tuhan itu adalah yang awal dari
segi adanya, dan yang akhir.
Kerana
dengan mengenal dalil akan membawa mengenal Tuhan, dan Dialah pula yang batin
kerana Dia tidak nampak pada penglihatan mata kepala, tetapi Dia pulalah lebih
zahir kerana dia lebih nyata dan jelas pada penglihatan mata hati.
Firman
Allah surah al hadid ayat 3: Ertinya :
“Dialah
yang awal dan Dialah yang akhir dan Dialah yang zahir dan Dialah yang batin “
Gubah Susunjalur: Ust Hassan
Abdul Latiff
No comments:
Post a Comment