Monday, 25 November 2013


HUKUM QAZA'  MENURUT PERSPEKTIF ISLAM
Mencukur Sebahagian Daripada Rambut Kepala Adalah Makruh

Sekarang ni, fesyen menggayakan rambut dengan cukuran (seperti pada gambar di bawah) sudah menjadi trend dalam kalangan remaja bahkan ibu ayah sering menggayakan fesyen tersebut kepada anak-anak lelaki mereka. Kalau kena pada gayanya, memang nampak cool. Tapi mungkin ramai yang tidak sedar dan tidak tahu bahawa ianya adalah ditegah walaupun tegahan makruh(tidak haram) bagi mereka yang beragama Islam.

 Terdapat bentuk cukuran yang dilarang oleh Rasulullah S.A.W iaitu apa yang disebut dalam bahasa Arab sebagai Qaza’.
Qaza’ ialah mencukur sebahagian rambut dan meninggalkan sebahagian yang lain. Sama ada mencukur di tengah kepala dan meninggalkan yang tepi, mencukur di tepi meninggalkan rambut di tengah atau mencukur rambut depan meninggalkan rambut belakang atau sebaliknya.
Larangan melakukan qaza’ ini telah disebut dengan jelas di dalam hadis daripada ‘Abdullah bin ‘Umar Radhiallahu ‘anhuma katanya yang bermaksud: “Sesungguhnya Rasulullah S.A.W menegah daripada melakukan qaza’ (mencukur sebahagian daripada rambut kepala).”

(Hadis riwayat al-Bukhari dan Muslim)

Dalam hadis yang lain daripada ‘Abdullah bin ‘Umar Radhiallahu ‘anhuma yang bermaksud: “Sesungguhnya Nabi Shallallahu ‘alaihi wasallam telah melihat seorang kanak-kanak yang dicukur sebahagian rambutnya dan ditinggalkan sebahagian yang lain, lalu Nabi melarang mereka berbuat demikian dan Baginda bersabda: “Kamu cukur (rambut itu) kesemuanya atau kamu tinggalkan kesemuanya (tidak mencukurnya).”

(Hadis riwayat Abu Daud)

TAMBAHAN:

HUKUM QAZA’ (MENCUKUR SEBAHAGIAN KEPALA DAN MEMBIARKAN YANG LAIN).

Definasi Qaza’ seperti kata Imam Nawawi:

القزع حلق بعض الرأس مطلقا وهو الأصح

Qaza’ ialah mencukur sebahagian kepala.

Hukum Qaza’

ULAMA TELAH BERSEPAKAT MENYATAKAN MAKRUH QAZA’

Imam Nawawi menyebut dalam kitab al-Minhaj (syarh sahih Muslim):

وأجمعوا على كراهة القزع إذا كان في مواضع متفرقة إلا أن يكون لمداواة وهي كراهة تنزيه

Sepakat ulama bahawa makruh QAza’ sekiranya cukur dibeberapa tempat dan dikecualikan sekiranya untuk tujuan perubatan. Maksud makruh disini ialah makruh yang biasa (bukan makruh tahrim)

PENDAPAT EMPAT MAZHAB

MAZHAB HAMBALI

Al-Mardawi dalam kitab al-Insaf berkata:

ويكره القزع بلا نزاع وهو أخذ بعض الرأس وترك بعضه على الصحيح من المذهب

Makruh Qaza’ tanpa ada pertikaian iaitu mencukur sebahagian kepala dan meninggalkan sebahagian lain. Ini pendapat sahih dlm mazhab Hambali.

MAZHAB MALIKI

An-Nafrawi berkata:

يكره القزع وهو تفريق شعر الرأس مع حلق ما بينه
Makruh Qaza’ iaitu membelah rambut dengan mencukur ditengahnya.

MAZHAB HANAFI

Imam ibnu Abidin berkata dalam Hasyiahnya:

ويكره القزع وهو أن يحلق البعض ويترك البعض قطعاُ مقدار ثلاثة أصابع

Makruh Qaza’ iaitu mencukur sebahagian dan membiarkan yang lain terpisah-pisah sekadar 3 jari.”

MAZHAB SYAFIE

Imam Nawawi berkata dalam kitab Raudatut Talibin:


كُره القزع وهو حلق بعض الرأس سواء كان متفرقاً أو من موضع واحد

Makruh Qaza’ iaitu mencukur sebahagian kepala samada ditempat yg berbeza atau tempat yang sama.

DALIL MAKRUH


ابن عمر رضي الله عنهما يقول : سمعت رسول الله صلى الله عليه و سلم ينهى عن القزع

Ibnu Umar berkata “AKu mendengar Rasulullah saw menegah dari Qaza’ (البخاري برقم 5576 ومسلم برقم 2120)


عن ابن عمر رضي الله عنهما : أن النبي صلى الله عليه و سلم رأى صبياً قد حلق بعض شعره وترك بعضه فنهاهم عن ذلك فقال ” احلقوه كله أو اتركوه كله ” (رواه أبو داود 4195)

Sesungguhnya Nabi saw melihat seorang budak mencukur sebahagian kepalanya dan membuiarkan sebahagian yg lain. Nabi saw menegahnya dan berkata “ Hendaklah kamu mencukur semuanya atau membiarkan semuanya.”

PENTING


 1. Ulama berkata larangan ini tidak haram kerana termasuk dalam bab adab.

 2. Dibolehkan qaza’ untuk tujuan perubatan seperti yg disebut oleh imam Nawawi

 3. menggunting dan menipiskan tepi tidak termasuk dalam larangan.

 4. Berdosa mengeluarkan hukum haram qaza’ sekiranya dia bukan ulama yg mujtahid (seperti tersebar dalam fb)



KUBURAN NABI-NABI 'ALAIHIMUSSHALAATU WAS-SALAAM AJMA'IEN.
Untuk tatapan para pelayar blog ini.




Sunday, 24 November 2013




Cara mudah mencari muka surat dlm Quran..!!!

Mari Kita Cuba....!

Al-Quran adalah peninggalan Rasulullah kpd kita semua umatnya. Ada 2 benda yg Nabi Muhammad s.a.w tinggalkan kepada kita iaitu Al-Quran dan juga Sunnah utk kita semua amalkan. Berapa kali korang baca Al-Quran sehari? 1 kali? 2 kali atau dalam solat sahaja? Pahala paling senang nk dapat adalah melalui pembacaan Al-Quran kerana setiap huruf diberikan 10 pahala, tambahan pula Al_Quran adalah kalam Allah (dtg daripada Allah sendiri bukan diciptakan manusia)

Tip yang nak kongsikan ni adalah cara untuk menghafal muka surat setiap juzuk Al-Quran. Memang menakjubkan kerana hanya dengan menggunakan formula matematik ringkas, kita dapat tau muka surat setiap juzuk Al-Quran.
Jom sama2 kita belajar...

Contoh 1

Jika anda ingin mengetahui Juzuk 5 di halaman ke berapa:

5-1 = 4, 4 perlu didarab dengan 2 jadi 4 x 2 = 8

Letakkan no 2 selepas jawapan.

Jadi, juzuk 5 adalah pada halaman 82

Sekarang lihat pada Quran dan anda akan lihat Juzuk 5 bermula pada halaman 82. Menarikkan?

Contoh 2

Jika anda ingin mengetahui Juzuk 10 di halaman ke berapa:

10-1 = 9, 9 perlu didarab dengan 2 jadi 9 x 2 = 18

Letakkan no 2 selepas jawapan.

Jadi, juzuk 10 adalah pada halaman 182

Contoh 3

Jika anda ingin mengetahui Juzuk 23 di halaman ke berapa:

23-1 = 22, 22 perlu didarab dengan 2 jadi 22 x 2 = 44

Letakkan no 2 selepas jawapan.

Jadi, juzu 23 adalah pada halaman 442

Subhanallah, memang menakjubkan kan kawan2. Sama2 kita kongsikan kepada kawan2 kita, adik2 kita, famili2 kita supaya kita sama2 mendapat pahala...

 
Dipanjangkan info ini..moga dipanjangkan pahala bagi yg menulisnya.

Friday, 22 November 2013




Anjing bukan binatang peliharaan
SOALAN:
APAKAH kedudukan orang Islam yang menjadikan anjing sebagai binatang peliharaan? Mereka pula bangga dengan perbuatan itu dengan kata rezeki saya makin bertambah sejak saya bela anjing?

Jawapan:

Orang Islam tidak boleh dan tidak dibenarkan memelihara anjing sebagai binatang peliharaan seperti  kucing. Ia jelas boleh dipelihara hanya sebagai:

*Anjing perburuan seperti yang disebut dalam al-Quran, surah al-Maidah, ayat 4:

يَسْأَلُونَكَ مَاذَا أُحِلَّ لَهُمْ قُلْ أُحِلَّ لَكُمُ الطَّيِّبَاتُ وَمَا عَلَّمْتُمْ مِنَ الْجَوَارِحِ مُكَلِّبِينَ تُعَلِّمُونَهُنَّ مِمَّا عَلَّمَكُمُ اللَّهُ فَكُلُوا مِمَّا أَمْسَكْنَ عَلَيْكُمْ وَاذْكُرُوا اسْمَ اللَّهِ عَلَيْهِ وَاتَّقُوا اللَّهَ إِنَّ اللَّهَ سَرِيعُ الْحِسَابِ

Mereka bertanya kepadamu (Wahai Muhammad): “Apakah (makanan) yang dihalalkan bagi mereka?” bagi menjawabnya katakanlah: “Dihalalkan bagi kamu (makanan) yang lazat-lazat serta baik, dan (buruan yang ditangkap oleh) binatang-binatang pemburu yang telah kamu ajar (untuk berburu) mengikut cara pelatih-pelatih binatang pemburu. Kamu mengajar serta melatihnya (adab peraturan berburu) sebagaimana yang telah diajarkan Allah kepada kamu. Oleh itu makanlah dari apa yang mereka tangkap untuk kamu dan sebutlah nama Allah padanya (ketika kamu melepaskannya berburu); dan bertakwalah kepada Allah (dengan memelihara diri dari memakan apa yang diharamkan oleh Allah); Sesungguhnya Allah Maha segera hitungan hisab-Nya”.

Haiwan buruan yang ditangkap olehnya tidak perlu disertu kerana ia antara yang dimaafkan (ma’fuwwun ‘anhu( -  عنه معفوّ

*Untuk menjaga tanaman

*Untuk menjaga binatang ternakan seperti lembu dan kambing seperti yang kita lihat dalam filem-filem koboi.

Nabi Muhammad SAW bersabda: Sesiapa yang memelihara anjing bukan untuk menjaga tanaman atau berburu maka akan berkurangan daripada pahala amalan hariannya sebanyak satu qirat setiap hari. (riwayat Muslim dari Abu Hurairah dan Ibnu Umar)

Qirat dijelaskan dalam hadis lain riwayat Muslim dari Tsauban: “Qirat itu umpama sebesar bukit Uhud”. Malah dalam hadis lain yang muttafaq ‘alaih (diriwayatkan oleh al-Bukhari dan Muslim) dari Ibnu Umar: “…sebanyak dua Qirat”.

Jika difikirkan memang logik kerana jika kita memelihara anjing sebagai haiwan peliharaan, sudah pasti tidak dapat mengelakkan diri daripada dijilat oleh anjing tersebut. Sedangkan setiap kali dijilat dikira najis mughallazah (berat).

Jadi, ia akan mengurangkan masa kita untuk melakukan ibadah lain kerana terikat dengan prosedur menyucikan diri dan tempat daripada najis mughallazah khususnya untuk solat lima kali sehari. Atau kita menjadi malas lalu mengabaikan status najis mughallazah yang perlu disucikan dengan tujuh kali air mutlak, yang pertama bercampur tanah yang suci.

Bayangkan rumah-rumah kita pada hari ini – bagaimana untuk mendapatkan tanah yang suci? Akan tetapi jika diabaikan, solat anda tidak sah pula.

Satu hadis yang diriwayatkan oleh Darqutni dan Hakim dinyatakan bahawa Rasulullah SAW pernah menolak jemputan satu kaum yang membela anjing untuk datang ke rumah mereka.

Apabila ditanya, baginda menjawab kerana dalam rumah mereka ada anjing. Sebaliknya baginda menerima jemputan kaum yang membela kucing. Apabila ditanya, baginda menjawab, “kerana kucing itu bukan najis”.

Menolak jemputan

Lalu para sahabat baginda mengambil kesimpulan daripada hadis ini bahawa baginda menolak jemputan mereka yang membela anjing kerana bimbang terkena najis terutamanya air liur daripada jilatannya.

Terdapat juga hadis riwayat Muslim dari Abu Hurairah bahawa Nabi SAW bersabda: Malaikat tidak akan menemani seseorang yang berada di suatu tempat yang terdapat anjing dan juga loceng.

Dalam hadis lain, Nabi SAW bersabda: Sesungguhnya malaikat tidak akan memasuki rumah yang di dalamnya terdapat anjing atau gambar. (muttafaq ‘alaih- diriwayatkan oleh al-Bukhari dan Muslim) dari Ali.

Ulama kini pula mengharuskan penggunaan anjing untuk mengesan penjenayah, dadah, bahan letupan seperti bom atau periuk api, mangsa bencana alam seperti gempa bumi atau tsunami, dan sebagainya.

Ia bagi membantu kerja-kerja mencabar pihak pengawal keselamatan, pegawai penjara, pihak polis, dan imigresen terutamanya untuk pengawasan hatta kepada rumah-rumah persendirian yang memerlukan khidmat anjing daripada masalah kecurian atau rompakan.

Begitu juga untuk menolong orang yang cacat sama ada untuk tujuan pengawasan (contohnya daripada dibuli) atau untuk menunjukkan jalan seperti membantu orang buta.

Larangan membela anjing dan statusnya dikategorikan najis mughallazahnya mungkin menjadi tanda tanya. Mungkin satu kajian saintifik veterinar mempunyai jawapannya.

Dapatan kajian menunjukkan anjing biasanya sentiasa terkena jangkitan pelbagai jenis cecacing parasit yang menjadi perumah di dalam tubuhnya dan juga di bahagian luar seperti kulit dan bulunya.

Contoh cacing yang biasa didapati pada anjing ialah Toxocara canis yang membiak di dalam perutnya dan terdapat pada najisnya. Menyentuh dan membelai-belai anjing boleh menyebabkan perpindahan cacing jenis ini kepada manusia.

Seorang doktor haiwan dari Somerset, Ian Wright, melaporkan di dalam Jurnal New Scientist bahawa ia boleh mengakibatkan ‘toxocariasis’ yang boleh mengancam daya penglihatan manusia. Beliau mendapati purata 180 biji telur cacing pada setiap gram bulu anjing. Satu kuantiti yang lebih tinggi daripada jumlah telur cacing yang didapati dalam satu gram tanah.

Ada pun isu mengaitkan kehadiran anjing belaan dengan penambahan rezeki adalah syirik, (nauzubillah). Oleh itu, ia haram dalam Islam kerana Allah sahaja yang berhak menentukan rezeki makhluk-makhluk-Nya.

Tiada sekutu baginya dalam pembahagian rezeki. Wallahu ‘alam.



Biodata Dan Tarikh Lahir Puteri Gunung Ledang

Berikut adalah biodata dan tarikh lahir Puteri Gunung Ledang untuk info tambahan.
Nama beliau yang asal ialah Raden Puteri Mas Nyawa. Kemudian di gelar Raden Puteri Ratna Gumilah Sari atau Puteri Siti Jamilah.

Bapanya ialah Sultan Ali Akabar Al Fatahillah bin Prabu Brawijaya. Ibu beliau ialah Raden Siti Murtassimah binti Raden Rahmat / Sunan Ampel.
Puteri Gunung Ledang di lahir kan di Bintoro Demak pada tahun 1485 M. Di besarkan oleh bapa nya yang pada masa itu belum menjadi Sultan Demak. Bintoro Demak pada asalnya adalah hadiah dari Bapa Raden Patah kepada Sunan Ampel(Wali Songo) untuk menubuhkan Pesantren Pertama Pulau Jawa.

Pada tahun 1501 M , Raden Puteri Jamilah di kawinkan dengan sepupunya Raden Abdul Qadir bin Raden Mohamad Yunus bin Sayyid Khalid Al Idrus. Radin Abdul Qadir adalah anak Adipati Jepara. Pada tahun 1478 M. Bintoro Demak melancar kan seranggan ke atas Majapahit dan Kerajaan Hindu ini runtuh. Maka berdirilah Bintoro Demak mengwakili Majapahit yang akhirnya bergelar KERAJAAN ISLAM DEMAK. Sultan AlFatah sebenar nya tidak ada anak lelaki, yang ada anak lelaki ialah adik nya Raden Husin. Disebabkan Raden Husin rapat dengan Raden Fatah, anak anak lelaki Raden Husin di didik nya sebagai anak angkat.
Pada tahun 1506 M Raden Siti Jamilah datang ke Pulau Besar untuk menuntut ilmu agama Islam.Pada masa itu Syeikh Sultan Ariffin Sayyid Ismail menjadi Ketua Ulama di Pulau Besar. Maulana Ishaq dan Sayyid Thanauddin masih ada di Pulau itu.

Hasil perkahwinan dengan Raden Abdul Qader maka lahir lah Raden Abu Bakar (1502-1521 M ) dan Raden Abu Syahid (1503-1521 M).Kedua anak nya SYAHID di Pulau Besar pada tahun 1521 M.
Raden Abdul Qader menjadi Sultan Demak ke 2 pada tahun 1518 M. Dimasa ini Sultan ini telah ada 3 orang isteri iaitu

1.Raden Puteri Siti Jamilah..anaknya Raden Abu Bakar dan Raden Abu Syahid.

2.Raden Puteri Mas Ayu binti Sunan Gunong Jati…tiada anak.

3.Syarifah Siti Zubaidah binti Syeikh Sultan Ariffin Sayyid Ismail…melahirkan Raden Abdullah

Setelah Demak kalah dalam pertempuran dengan Melaka pada tahun 1521 M. Raden Puteri Jamilah menyepi ke Gunung Ledang. Beliau memang bersedih kerana SUAMI DAN 2 ANAK TERCINTA nya SYAHID di Pulau Besar. Di samping itu PEREBUTAN TAKHTA berlaku di Demak di antara Raden Tronggano dan Raden Kikin, menyebabkan Raden Kikin di bunoh !!!.Raden Yunus bin Raden Husin,adik bongsu Raden Tronggono lari ke Palembang dan menukar nama ke KIAI GEDE ING SURO.

Pada tahun 1645 M Puteri Siti Jamilah atau PUTERI GUNONG LEDANG wafat dan di semadikan di samping Makam Suami nya.
Itu lah Sejarah ringkas yang dapat disunting dan memang ada lagi kisah suka dan duka dalam riwayat hidup beliau…Cuma saya nak beritahu SIAPAKAH PUTERI GUNONG LEDANG YANG SEBENARNYA, DAN DARIMANA ASAL NYA,SIAPA BAPA DAN SIAPA GURU NYA




 




Garis Panduan Orang Islam Turut Merayakan Hari Kebesaran Agama Orang Bukan Islam

Keputusan: Muzakarah Kali Ke-78

12 Jun, 2007 JAKIM

Muzakarah Jawatankuasa Fatwa Majlis Kebangsaan Bagi Hal Ehwal Ugama Islam Malaysia Kali Ke-68 yang bersidang pada 12 Apr 2005 telah membincangkan Garis Panduan Orang Islam Turut Merayakan Hari Kebesaran Agama Orang Bukan Islam. Muzakarah telah memutuskan bahawa:

Keputusan :

Dalam menentukan perayaan orang bukan Islam yang boleh dihadiri oleh orang Islam beberapa kriteria utama perlu dijadikan garis panduan supaya ia tidak bertentangan dengan ajaran Islam. Kriteria-kriteria tersebut adalah seperti berikut;

1. Majlis tersebut tidak disertakan dengan upacara-upacara yang bertentangan dengan akidah Islam.

Maksud “bertentangan dengan akidah Islam” ialah sesuatu perkara, perbuatan, perkataan atau keadaan yang jika dilakukan menyebabkan tercemarnya akidah umat Islam.

Contohnya;

i. menyertakan simbol-simbol agama seperti salib, memasang lampu, lilin, pokok krismas dan sebagainya.

ii. menyanyikan lagu-lagu bercirikan agama.

iii. meletakkan apa-apa tanda bercirikan agama pada dahi, atau tanda-tanda lain pada anggota tubuh.

iv. memberikan ucapan atau isyarat yang berbentuk pujian kepada agama orang bukan Islam.

v. tunduk atau melakukan perbuatan seolah-olah menghormati upacara agama orang bukan Islam.

 

2. Majlis tersebut tidak disertakan dengan perbuatan yang bertentangan dengan syarak.

Maksud “bertentangan dengan syarak” ialah sesuatu perkara, perbuatan, perkataan atau keadaan yang jika dilakukan akan bertentangan dengan ajaran Islam yang diamalkan oleh masyarakat Islam.

Contohnya:

i. Memakai pakaian berwarna merah seperti santa claus atau pakaian lain yang melambangkan agama;

ii. Menghidangkan minuman atau makanan yang memabukkan dan seumpamanya;

iii. Mengadakan bunyi-bunyian atau hiasan seperti loceng gereja, pokok krismas, kuil atau memecah kelapa;

iv. Mengadakan acara yang berunsur perjudian, penyembahan, pemujaan, khurafat dan sebagainya.

3. Majlis tersebut tidak disertakan dengan “perbuatan yang bercanggah dengan pembinaan akhlak dan budaya masyarakat Islam” di negara ini.

Maksud “bercanggah dengan pembinaan akhlak dan budaya masyarakat Islam” ialah sesuatu perkara, perbuatan, perkataan atau keadaan yang jika dilakukan akan bertentangan dengan nilai dan norma kehidupan masyarakat Islam Negara ini yang berpegang kepada ajaran Islam berdasarkan Ahli Sunnah Wal Jamaah.

Contohnya:

i. Percampuran bebas tanpa batas dan adab sopan;

ii. Berpakaian yang menjolok mata;

iii. Mendendangkan lagu-lagu yang mempunyai senikata berunsur lucah serta pemujaan;

iv. Mengadakan program seperti pertandingan ratu cantik, laga ayam dan sebagainya.

4. Majlis tersebut tidak disertakan dengan perbuatan yang boleh “menyentuh sensitiviti masyarakat Islam”.

Maksud “menyentuh sensitiviti masyarakat Islam” ialah sesuatu perkara, perbuatan, perkataan atau keadaan yang jika dilakukan akan menyinggung perasaan umat Islam tentang kepercayaan dan amalan mereka.

Contohnya:

i. Ucapan-ucapan atau nyanyian berbentuk dakyah keagamaan bukan Islam;

ii. Ucapan-ucapan yang menghina umat Islam;

iii. Ucapan-ucapan yang menghina agama Islam;

iv. Persembahan yang bertujuan mempersendakan pegangan agama masyarakat Islam.

5. Pihak penganjur dan orang ramai diminta mendapatkan pandangan pihak berkuasa agama sebelum menganjur atau menghadiri majlis perayaan orang yang bukan beragama Islam.

 

Keputusan (English):

Guidelines for Muslims Participating in the Religious Celebrations of Non-Muslims

Decision:

The 68th Muzakarah (Conference) of the Fatwa Committee of the National Council for Islamic Religious Affairs Malaysia held on 12th April 2005 has discussed the guidelines for Muslims participating in the religious celebrations of Non-Muslims. The Conference decided that:

In determining the celebrations of Non-Muslims that can be attended by Muslims, a number of criteria must be set as a guideline to avoid contradiction with the teachings of Islam. These criteria are as follows:

1. The ceremony must not be accompanied by rituals that contradict with the Islamic creed.

The phrase "contradict with the Islamic creed" means any single thing, act, speech or situation if performed will compromise the creed of a Muslim.

Examples:

i. Using religious symbols such as the Cross, lighting lamps, candles, Christmas trees and others.

ii. Singing songs of a religious nature.

iii. Putting on any symbol of a religious nature on one's forehead or other symbols on the body.

iv. Giving a speech or a sign that compliments the Non-Muslim's religion.

v. Bowing down or act in a way that indicates respect to the religious rituals of the Non-Muslim.

2. The ceremony must not be accompanied by acts that contradict with the religion.

The phrase "contradicts with the religion" means any single thing, act, speech or situation if performed will contradict with the teachings of Islam as practiced by Muslims.

Examples:

i. Wearing red clothing imitating Santa Claus or other kinds of clothing that represent a particular religion;

 ii. Offering intoxicating drinks or food of a similar nature;

 iii. Producing sounds such as the church or temple bells, putting up decorations on a Christmas tree or enact acts such as breaking up a coconut;

iv. Organizing events with elements of gambling, worship, incantation, superstition and others.

3. The ceremony must not be accompanied by "acts that contradict with the development of moral and culture of Muslims" in this country.

The phrase "contradict with the development of moral and culture of Muslims" means any single thing, act, speech or situation if performed will contradict with the values and norms of the Muslims living in this country who uphold the Islamic teachings based on the doctrine of the Ahl al-Sunnah wa al-Jama'ah.

Examples:

i. The uninhibited and free mixing of the sexes;

ii. Wearing skimpy clothing;

iii. Playing songs with lyrics that contain obscene and incantation elements.

iv. Organizing programmes such as beauty contest, cock fighting and others.

4. The ceremony must not be accompanied by acts that could "touch on the sensitivity of the Muslim society".

The phrase "touch on the sensitivity of the Muslim society" means any single thing, act, speech or situation if performed will hurt the feelings of Muslims with respect to their belief and practice.

Examples:

i. Speeches or songs that propagate religions other than Islam;

ii. Speeches that insult Muslims;

iii. Speeches that insult the religion of Islam;

iv. Shows intended to ridicule the religious belief of the Muslim society.

5. The organizer of the event and the public are required to obtain the viewpoint of the religious authority before organizing or attending a celebration or a ceremony of the Non-Muslims.

Keputusan Fatwa Kebangsaan lain berkaitan:

Muzakarah Kali Ke-78

12 Jun, 2007




Angkasawan Amerika Tidak Sampai Ke Bulan Bukanlah Soal Yang Mengelirukan Dan Tidak Mustahil

Saudara Pengarang,

Merujuk kepada bantahan yang didedahkan melalui ruangan ini pada 21 Oktober 2002, saya selaku peminat Ceramah Agama Radio Perak, seperti juga saudara Pencinta Kebenaran, Kampung Banjar, Air Tawar, Perak sentiasa mengikuti ceramah-ceramah agama yang disiarkan melalui Radio Perak.  Dari kenyataan Tuan Penceramah (Radio Perak – Kisah Isro’ wal Mi’raj) menyentuh tentang angkasawan-angkasawan Amerika tidak sampai ke bulan, bukanlah perkara yang mengelirukan atau mustahil.  Ramai di kalangan cerdik pandai yang menolak kenyataan tersebut dan tidak kurang para alim ulamak juga membuat kenyataan terbuka menolak kenyataan tentang sampainya angkasawan-angkasawan tersebut.  Oleh itu tidaklah wajar kenyataan yang dibuat oleh Tuan Penceramah Radio Perak(AlFadhil Ustaz Hassan Abdul Latiff) tersebut dipandang begitu serius dan mengelirukan.  Itu adalah pendapat beliau, dan ada baiknya kalau saudara Pencinta Kebenaran menghubungi langsung Tuan Penceramah tersebut meminta bukti-bukti yang kukuh di atas kenyataan beliau, dari begitu cepat melatah dan meminta Radio Perak agar memantau ceramah-ceramah yang bakal disiarkan. Dari kenyataan dan bantahan saudara Pencinta Kebenaran, seolah-olah beliau yakin dan cukup teliti dan kenyataan angkasawan-angkasawan ke bulan itu adalah benar dan semua orang mesti percaya (seperti beliau) dan terima kenyataan tersebut. Siapa yang tidak percaya maka orang tersebut dikatakan “mengelirukan” dan dicap pula menolak kepesatan dan pembangunan teknologi moden. Sains dan teknologi memang tidak bercanggah dengan Islam dan semua orang Islam tahu perkara ini kerana teknologi itu sendiri sebahagian dari Islam malah mengikut Dr. Maurice Baucale membahagikan Sains kepada dua bahagian iaitu Sains Yang Aneh (Exotic Science) iaitu AlQuran dan Sains Yang Tidak Aneh (Non Exotic Science) Ilmu  pengetahuan sejagat yang AlQuran nyatakan, “....Dan tidaklah kamu diberi pengetahuan melainkan sedikit”(Al-Isro’:85). Saudara Pencinta Kebenaran ada menyatakan, “Malah jika mengerti dari sudut tasauf, kita akan faham bahawa manusia naik ke bulan pun adalah dengan kekuasaan dan izin Allah……”  Saya suka membetulkan, sebenarnya bukan dari sudut tasauf tetapi dari sudut Hukum Aqal dan Ilmu Mantiq yang berbeza dengan Hukum Syara’. Sebelum kita hendak menggunakan sesuatu istilah lebih-lebih lagi istilah syara’, eloklah kita belajar dahulu dan benar-benar memahami, kemudian barulah kita gunakan istilah berkenaan. Jangan main ‘hemtam-kromo’ akhirnya orang akan nampak kebodohan dan kedangkalan ilmu kita, sebaliknya kitalah yang jahil dan jumud hukum-hakam.

Disini saya membawa saudara Pencinta Kebenaran dan pembaca sekelian untuk mengikuti satu penganalisaan yang telah disiarkan dalam majalah ‘Al Islam’ keluaran Januari l984 (KDN: 0062/84 bil:1 Tahun ke:11/84) yang ditulis oleh Drs. Yahaya Mohamed. Kenyataan yang ditulis adalah seperti berikut:



PERNAHKAH ANGKASAWAN-ANGKASAWAN AMERIKA
 SAMPAI KE BULAN?

Dalam tahun-tahun 1980an ini, seringkali dapat didengar melalui radio dan televisyen, turut sama dibaca dari suratkhabar dan majalah tentang berita kejayaan angkasawan-angkasawan Russia dan Amerika Syarikat.  Semenjak angkasawan pertama Yuri Cagarin berjaya ditembak ke angkasa lepas kedua-dua negara itu tidak putus-putus dari masa ke semasa cuba menonjolkan kehandalan masing-masing.

Misalnya, Russia telah sanggup menghantar seorang angkasawati Valentina Tereshkova ke angkasa lepas dalam tahun 1963 dan disusuli pula dengan angkasawati kedua, Svetlana Savitskaya.  Amerika Syarikat telah menyahut cabaran itu walaupun 20 tahun ketinggalan dengan Dr.Sally Ride dan beliau adalah seorang awam yang ditonjolkan oleh pihak Amerika. Russia pula membalas dengan menghantar seorang angkasawan bangsa Vietnam iaitu Pham Tuan. Demikianlah halnya kedua-dua pihak ini senantiasa hendak mengketengahkan keupayaan masing-masing .  Antara usaha-usaha ini, terdapatlah apa yang dikatakan kejayaan dua orang angkasawan Amerika Syarikat, menjejakkan kaki di permukaan bulan.


Apakah pandangan orang-orang Islam terhadap pendaratan di bulan itu?  Semasa berita itu masih panas lagi, iaitu dalam bulan Julai-Ogos, l969 ada seorang dua tokoh agama Islam memberikan pendapat.  Pendapat yang diberikan itu tidak pula menampakkan butir-butir yang konkrit dan meyakinkan.  Bagi penulis, kita tidak boleh berpura-pura bahawa penerbangan di angkasa lepas ini tidak berlaku.  Ianya akan berterusan lagi dari semasa ke semasa.  Oleh itu penulis, dalam kertas ini bercadang hendak membincangkan hal itu dari tiga sudut: sains, logik dan agama.

 

ASPEK SAINS


Pertama: seorang pakar kaji bintang British pernah memberi pendapat tentang kemungkinan atau tidak kemungkinan manusia mendarat di permukaan bulan.  Pendapat ini tersiar dalam satu keluaran majalah bulanan tahun 1955. Nama Majalah itu ialah THE SCIENCE DIGEST.  Antara kata-kata beliau ialah seperti berikut:

Bulan tidak mempunyai liputan udara seperti dunia.  Dari itu beribu-ribu serpihan angkasa(micrometeorites) senantiasa berterbangan di permukaan bulan tanpa berhenti-henti.  Di permukaan dunia serpihan angkasa ini juga banyak datang menyerang tetapi liputan udara padat dunia telah menggeselkan ketul-ketul kecil itu hingga menjadi debu.  Fenomena yang sangat jelas ialah tahi bintang yang dapat dilihat oleh sesiapa sahaja.

Di permukaan bulan adalah dianggarkan bagi  tiap-tiap satu kaki persegi bilangan serangan angkasa ialah lebih kurang 15.  serpihan-serpihan angkasa ini deras seperti peluru dan akan dapat mengoyakkan pakaian angkasawan yang paling tebal.  Dengan kata-kata lain, kalaupun seorang angkasawan itu menjejakkan kakinya dengan selamat di permukaan bulan, pakaian angkasanya akan koyak di beberapa tempat dan dia akan mati di situ juga.

Sungguh aneh, kerana sepertimana yang dilihat dalam filem pendaratan ke permukaan bulan dalam Projek Apollo, Neil Amstrong dan Edwin E.Aldrin beraksi begitu lama tanpa diserang oleh serpihan angkasa walaupun sekali, walaupun seketul!

Kedua: Kenyataan berikut pula dipetik dari THE MC GRAW-HILL ENCYCLOPEDIA OF SPACE, terbitan The Mc Graw Hill Book Company, New York, 1968, hal.8.

Geologist reported that the rocks are of igneous origin and similar…..to much of Earth’s materials.

(Pakar-pakar kajibumi melaporkan bahawa batu-batu(yang dibawa balik kononnya dari bulan oleh Neil Amstrong itu) adalah serupa dengan batu-batu yang terdapat di dunia.


Sepatutnya, seperti yang ditulis oleh Robin Kerrod dalam bukunya PURNELL’S CONCISE ENCYCLOPEDIA OF SCIENCE, Poulton, Britain, 1974, hal. 184:-


……the composition of Moon rocks content is different from that of Earth.  Moon rocks contain larger quantities of such elements as chromium, titanium and uranium, which are very rare on Earth.


(Kandungan batu-batu bulan adalah berbeza dari batu-batu di dunia.  Batu-batu bulan mengandungi begitu banyak unsur-unsur seperti kromium, titanium dan uranium, yang mana sangat jarang terdapat di dunia.


Nah! Bagaimana kedudukan pembaca sekarang terhadap berita yang kini tercatat dalam sejarah bahawa angkasawan-angkasawan pada 20 Julai 1969 telah sampai ke bulan.

 

ASPEK LOGIK



Pernah tersiar dalam sebuah keluaran suratkhabar SUNDAY MAIL, terbitan New Straits Times, Malaysia, bulan September 1978, sebuah esei yang menuntut seluruh umat manusia jangan percaya dengan kejayaan Projek Apollo itu.  Antara sebab-sebab yang diberikan ialah seperti berikut:

 

(1)                        Amerika Syarikat telah mencurahkan berjuta-juta dollar sehari selama 10 Tahun  dalam rancangan Angkasa Lepas mereka.(Khasnya bagi Projek Apollo sahaja USD50 ribu juta telah dibelanjakan.)  Sekiranya rakyat Amerika tidak ditunjukkan sesuatu kejayaan yang maha hebat seperti pendaratan di bulan, sudah tentu seluruh rakyatnya menunjuk perasaan dan akan menuntut  supaya pentadbiran negara digulingkan dan segala rancangan Angkasa Lepas dihentikan.

(2)                        Angkasawan-angkasawan itu memang telah terbang keluar ke angkasa lepas (melebihi 10 batu dari permukaan bumi ) tetapi tidak benarlah mereka sampai ke bulan. Filem-filem televisyen yang dianggap sebagai  “bukti” itu  sebenarnya ialah rakaman filem yang dibuat semasa mereka berlatih di padang pasir Nevada.

 
Demikianlah dua sebab-sebab yang logik untuk kita sebagai pembaca harus fikirkan.  Perkara-perkara itu telah dikeluarkan oleh seorang pakar sains keturunan Perancis yang bertugas di N.A.S.A.(Pentadbiran Angkasa Lepas dan  Penerbangan Kebangsaan Amerika), setelah menceritakan hal tersebut kepada seorang wartawan, beliau pun meletakkan jawatan dan pulang ke Paris.

Disini penulis ingin menambah.  Dengan kemajuan perfileman dewasa ini, segala-gala yang mustahil boleh digambarkan.  Berbagai rupa kamera-trik, tipu helah dan teknik penggambaran boleh digunakan hingga filem-filem TV  yang digambarkan dalam bilik  boleh kelihatan seolah-olah sebagai berlaku di angkasa lepas.  Misalnya: Star Trek, Battlestar of Galactica, StarWars, Jason of the Star Command, Buck Rogers in the Twentieth Century, malah membawa kepada siri-siri kartun seperti Superman,War of the Planets, Ultraman, dan sebagainya. Kita sedar bahawa Filem-filem tersebut tidak dilakunkan di angkasa lepas malah hanya di dalam studio, tidakkah kesedaran yang sama boleh diberikan kepada filem pendaratan angkasawan-angkasawan itu di bulan?


Lagipun kalau pihak angkasawan Amerika yang berjaya mendarat di bulan mengapakah pihak Amerika juga yang sibuk menjadi saksinya? Mengikut lunas-lunas logik kalau satu pihak yang berjaya, biarlah pihak lain yang menjadi saksi; barulah boleh dipercayai oleh pihak ketiga.  Dalam hal ini, penulis sehingga ini belum berjumpa walau pun satu ayat dari pihak Russia yang mengakui angkasawan-angkasawan Amerika itu telah berjaya sampai ke bulan!

 

ASPEK AGAMA


Ada dua perkara yang dipegang oleh umat Islam sebagai sumber utama perundangan dan rujukan iaitu AlQuranul Karim dan Hadist Nabi s.a.w..  Di dalam AlQuran banyak terdapat keterangan-keterangan tentang angkasa lepas, tentang matahari bulan, bintang-gemintang dalam uslub yang tinggi dan tersirat secara ilmiah.  Demikian juga beribu hadist Nabi s.a.w. ada menyatakan tentang demikian dan di antaranya hadist mengenai peristiwa Isro’ wal Mi’raj Baginda Besar Nabi s.a.w. Hadist itu antara lain bermaksud:

 
…….apabila Jibril dan Rasulullah s.a.w. sampai ke pintu langit pertama, mereka telah disapa oleh Malaikat yang mengawal di situ.  Siapa kamu? Aku Jibril.  Siapa bersama kamu itu? Muhammad. Adakah dia mendapat kebenaran dari Allah naik ke sini? Ya. kalau begitu naiklah.  Apabila Jibril dan Rasulullah s.a.w sampai ke pintu langit kedua. Mereka disapa lagi oleh Malaikat yang mengawal di situ. Siapa kamu? Aku Jibril.  Siapa bersama kamu itu? Muhammad. Adakah dia dapat kebenaran dari Allah naik ke sini? Ya. Kalau begitu naiklah…….


Melihat kepada kenyataan Hadist di atas, menunjukkan betapa rapinya langit di kawal oleh para malaikat.  Langit adalah tempat yang suci yang mana kita hadapkan tapak tangan kita semasa berdoa.  Hanya insan yang suci sahaja seperti Baginda Besar Nabi s.a.w.  di benarkan Allah naik ke sana. Kedudukan Nabi s.a.w. sebagai Nabi lagi Rasul terakhir dianugerahkan Allah dengan keistimewaan dan dibawa oleh Allah sendiri untuk ke persada Hadheratul Quddus Allah swt.

 
Di dalam Surah AlMulk: Ayat 5 yang bermaksud: “ Sesungguhnya Kami telah menghiasi langit yang dekat dengan bintang-bintang dan Kami jadikan bintang-bintang itu alat pelempar syaithan, dan Kami sediakan bagi mereka siksa neraka yang menyala-nyala.”


Nah, begitu jelas keterangan bunyi ayat tersebut betapa di langit terdekat pun kalau ada para syaithan yang cuba menerobos maka mereka akan dilempari.  Sungguh pelik dan ajaib bahawa ketiga-tiga angkasawan Amerika itu dapat menembusi langit tanpa disedari oleh Malaikat yang mengawalnya.  Kalau benar pun mereka sampai dekat pintu langit tentulah mereka akan dihancurkan oleh para Malaikat.  Penulis sedar dikalangan umat Islam sendiri terdapat mereka yang terus mempercayai tanpa menyelidik dengan lebih jauh, dan ada pula yang masih ragu-ragu dalam menerima dan menolak, dan ada pula yang tidak percaya langsung dengan kenyataan tersebut. Walaupun Russia mendahului Amerika 20 tahun ke hadapan dalam projek angkasa lepas, namun Russia pernah mengistiharkan bahawa mereka tidak bertujuan hendak menghantarkan angkasawan-angkasawan mereka ke bulan.  Kenapa?????? Dan lagi setelah berjaya angkasawan-angkasawan Amerika mendarat ke bulan buat pertama kalinya, tidak ada susulan sesudah itu. Bahkan mengikut logiknya, kalau pertama kalinya berjaya, maka susulan dan turutan berikutnya akan lebih mudah, namun terhenti sehingga kini, mengapa?????? – Yang Lebih Mencintai Kebenaran... ABU RAMADHAN.

 

Oleh: DR MUHAMAD LUTFI SAIFUDDIN
DAMANSARA  -  Kuala Lumpur

Suntingan: Hj.Hassan bin Abdul Latiff

No.116, Lorong Mahsuri Tujuh,

Bandar Bayan Baru

11950 PULAU PINANG