SEBELAS JENIS MANUSIA DI DOA MALAIKAT
PERCAYA kepada malaikat adalah antara rukun iman
. Ada malaikat yang ditugaskan berdoa kepada makhluk manusia dan sudah tentu
seseorang yang didoakan malaikat mendapat keistimewaan. Dalam hidup, kita
sangat memerlukan bantuan rohani dalam menghadapi ujian yang kian mencabar.
Bantuan dan sokongan malaikat sangat diperlukan.Disenaraikan antara jenis
manusia yang akan menerima doa malaikat. Ketika itulah sewaktu kita menghadapi
masalah, kerumitan, keperluan dan bimbingan, bukan saja kita perlukan kekuatan
doa dari lidah, tetapi juga sokongan malaikat.
Peringatan diri: Solat itu wajib, jangan biarkan
diri di mamah usia dengan kekosongan rohani. Isikan dengan zat-zat yang
berguna. Sebaik-baik rumah adalah Syurga. Sewanya dibayar dengan solat 5 waktu,
puasa, zakat dan sunnah Rasulullah. Seburuk-buruk tempat adalah neraka.
Hindarkanlah dengan solat 5 waktu, puasa, zakat dan sunnah Rasulullah. Kubur
yang luas kerana solat 5 waktu, puasa, zakat dan sunnah Rasulullah. Kubur yang
sempit kerana tidak solat 5 waktu, puasa, zakat dan sunnah Rasulullah. Lakukan
sebaik mungkin yang wajib, insyaallah yang sunat pun akan berkat. Amin.
ANTARA
ORANG YANG MENDAPAT DOA MALAIKAT IALAH:
1. Orang yang tidur dalam keadaan bersuci.
Rasulullah
s.a.w bersabda, maksudnya: “Sesiapa yang tidur dalam keadaan suci, malaikat
akan bersamanya di dalam pakaiannya. Dia tidak akan bangun hingga malaikat
berdoa: “Ya Allah, ampunilah hamba-Mu si fulan kerana tidur dalam keadaan
suci.”
2. Orang yang sedang duduk menunggu waktu solat.
Rasulullah
s.a.w bersabda maksudnya: “Tidaklah salah seorang antara kalian yang duduk
menunggu solat, selama ia berada dalam keadaan suci, kecuali kalangan malaikat
akan mendoakannya: ‘Ya Allah, ampunilah ia. Ya Allah sayangilah ia.’”
3. Orang yang berada di saf depan solat berjemaah.
Rasulullah
s.a.w bersabda, maksudnya: “Sesungguhnya Allah dan kalangan malaikat-Nya
berselawat ke atas (orang) yang berada pada saf depan.”
4. Orang yang menyambung saf pada solat berjemaah
(tidak membiarkan kekosongan di dalam saf).
Rasulullah
S.A.W bersabda, maksudnya: “Sesungguhnya Allah dan kalangan malaikat selalu
berselawat kepada orang yang menyambung saf.”
5. Kalangan malaikat mengucapkan ‘amin’ ketika
seorang imam selesai membaca al-
Fatihah.
Rasulullah s.a.w bersabda maksudnya: “Jika seorang imam membaca…(ayat terakhir
al-Fatihah sehingga selesai), ucapkanlah oleh kamu ‘aamiin’ kerana sesiapa yang
ucapannya itu bertepatan dengan ucapan malaikat, dia akan diampuni dosanya yang
lalu.”
6. Orang yang duduk di tempat solatnya selepas
melakukan solat.
Rasulullah s.a.w bersabda, maksudnya: “Kalangan malaikat akan selalu berselawat kepada satu antara kalian selama ia ada di dalam tempat solat, dimana ia melakukan solat.”
Rasulullah s.a.w bersabda, maksudnya: “Kalangan malaikat akan selalu berselawat kepada satu antara kalian selama ia ada di dalam tempat solat, dimana ia melakukan solat.”
7. Orang yang melakukan solat Subuh dan Asar secara
berjemaah.
Rasulullah
s.a.w bersabda maksudnya: “Kalangan malaikat berkumpul pada saat solat Subuh
lalu malaikat (yang menyertai hamba) pada malam hari (yang sudah bertugas malam
hari hingga Subuh) naik (ke langit) dan malaikat pada siang hari tetap tinggal.
“Kemudian mereka berkumpul lagi pada waktu solat
Asar dan malaikat yang ditugaskan pada siang hari (hingga solat Asar) naik (ke
langit) sedangkan malaikat yang bertugas pada malam hari tetap tinggal lalu
Allah bertanya kepada mereka: “Bagai mana kalian meninggalkan hamba-Ku?”
Mereka menjawab: ‘Kami datang sedangkan mereka
sedang melakukan solat dan kami tinggalkan mereka sedangkan mereka sedang
melakukan solat, ampunilah mereka pada hari kiamat.’”
8. Orang yang mendoakan saudaranya tanpa
pengetahuan orang yang didoakan.
Rasulullah
s.a.w bersabda, maksudnya: “Doa seorang Muslim untuk saudaranya yang dilakukan
tanpa pengetahuan orang yang didoakannya adalah doa yang akan dikabulkan. Pada
kepalanya ada seorang malaikat yang menjadi wakil baginya, setiap kali dia berdoa
untuk saudaranya dengan sebuah kebaikan, malaikat itu berkata ‘aamiin dan
engkau pun mendapatkan apa yang ia dapatkan.’”
**Tambahan: Juga beristighfarlah 25 kali
setiap hari untuk seluruh muslimin dan muslimat.
اَسْتَغْفِرُاللهَ الْعَظِيْمَ
لِي وَلوَالِدَيَّ وَلِأَصْحَابِ الْحُقُوْقِ عَلَيَّ
وَلِجَمِيعِ الْمُسْلِمِيْنَ
وَالْمُسلِمَاتِ وَالْمُؤمِنِينَ
وَالْمُؤمِنَاتِ ألْأَحْيَاءِ مِنْهُم
وَالاَموَاتِ
بِرَحمَتِكَ يَاأَرحَمَ
الرَّاحِمِيْنَ
9.
Orang yang membelanjakan harta (infak). Rasulullah s.a.w bersabda, maksudnya:
“Tidak satu hari pun di mana pagi harinya seorang hamba ada padanya kecuali dua
malaikat turun kepadanya, satu antara kedua-duanya berkata: ‘Ya Allah,
berikanlah ganti bagi orang yang berinfak…’ “
10.Orang yang sedang makan sahur. Rasulullah
s.a.w bersabda maksudnya: “Sesungguhnya Allah dan kalangan malaikat-Nya
berselawat kepada orang yang sedang makan sahur.”
11.Orang yang sedang menjenguk
(melawat) orang sakit. Rasulullah s.a.w bersabda, maksudnya: “Tidaklah seorang
mukmin menjenguk saudaranya kecuali Allah akan mengutus 70,000 malaikat
untuknya yang akan berselawat kepadanya di waktu siang hingga petang dan di
waktu malam hingga Subuh.”
Itulah
antara mereka yang mendapat doa malaikat. Wallahu’alam.
Semoga
kita termasuk dan tersenarai sama. InsyaAllah.
tanks 4 you
ReplyDeletethe first sit الموقع الأول
الموقع الأول