MENGAPA
LANTAI MARMAR KAABAH TIDAK PANAS?
Secara
kebiasaannya, lantai yang terdedah kepada cahaya panas terik matahari akan
mengalami suhu kepanasan yang melampau. Namun di Masjidil Haram pula tidak
begitu kerana lantainya mengalami suhu yang sejuk. Mungkin ada di
antara kita pernah mengujungi Masjidil Haram sama ada bagi menunaikan ibadah
haji mahupun ibadah umrah. Namun bagi yang berpengalaman ke sana, mungkin
tertanya-tanya mengapakah lantai di Masjidil Haram tidak panas sedangkan cuaca
pada ketika itu benar-benar panas sehingga mencecah lebih 40 darjah. Melakukan tawaf
(mengelilingi Kaabah) di malam dan siang hari memang berbeza. Jika malam hari,
cuaca cukup sejuk. Oleh itu, orang sekitar Mekkah jika ingin melakukan umrah
biasanya dilakukan pada malam hari. Begitu juga dengan warga di sekitar Kota
Makkah seperti Jeddah. Warga di bandar yang terletak sekira satu jam perjalanan
dari Mekah ini, biasanya keluar pada petang hari agar boleh sembahyang Maghrib
berjamaah sekaligus melakukan umrah.
“Kebiasaan
orang di sini begitu. Agak pelik kalau berangkat ke Makkah untuk umrah pada
pagi hari,” kata Haji Sariman Zulfakar yang berpejabat di Jeddah, , yang sudah tinggal 21 tahun di Arab
Saudi. Memang suhu di
Makkah belakangan ini cukup panas berkisar antara 40-42 darjah celsius. Bandingkan
dengan Jakarta yang puncak panasnya berada di kisaran 37 darjah celcius. Puncak
panas biasanya terjadi pada pukul 15.00 waktu setempat. Setelah itu, terus
menurun hingga malam hari. Memang keadaannya sangat jauh berbeza. Jika
malam hari, melakukan tawaf tidak terlalu menguras tenaga.Berbeza halnya
jika tawaf dilakukan siang hari. Keringat sudah pasti bercucuran kerana panas
matahari yang menyengat. Meski demikian
yang unik, meski mengelilingi Kaabah tanpa alas kaki, namun telapak tidak
terasa panas sama sekali. Padahal tempat tawaf merupakan ruang terbuka, panas
matahari langsung menerpa lantai marmar. Ini berberda
dengan lantai di jalan hendak keluar dari pintu Marwah. Saat berjalan, telapak
kaki berasa sangat panas tab berjalan di atas bara api. Kami berjinjit dan
berlari kecil untuk mengelakkan panas tersebut. Lalu kenapa di
lantai tempat tawaf dan di luar masjidil haram berbeza 180 darjah. Ini
menimbulkan rasa ingin tahu. Salah satu ummal (cleaning service) di Masjidil
Haram, Udin (40), mengatakan di bawah Kaabah dan tempat tawaf memang dipasang
air conditioner agar telapak kaki peziarah tidak melepuh, kepanasan.
Setelah membaca
buku Sami bin Abdullah al Maghlouthm ‘Atlas Haji dan Umrah’ dan sumber lain,
barulah terungkap. Awalnya, tempat tawaf tidak berubin marmar seperti saat ini.
Dulu hanyalah hamparan pasir lapang. Barulah pada masa Abdullah Ibnu Zubair.
Ubinnya saat itu bergaris lima meter dari Kaabah, hingga 1375 Hijrah atau 1954
M di masa Raja Abdul Aziz sumbangan marmar terus berdatangan. Kini lantai
marmar untuk tawaf terbuat dari marmar high terbaik yang mampu menahan teriknya
panas matahari. Awalnya lokasi
tawaf tidak seluas sekarang, terdapat bangunan di atas Maqam Ibrahim dan juga
gerbang pintu masuk telaga Zamzam.
Pada masa Raja Faisal pengubahsuaian dilakukan
melanjutkan tempoh Raja Saud, di antaranya adalah pembongkaran bangunan di atas
Maqam Ibrahim, sehingga lokasi untuk tawaf lebih lebar dari sebelumnya.
Pada masa Raja
Khalid, perluasan laman untuk tawaf kembali dikembangkan. Gerbang menuju telaga
zamzam dipindahkan ke dekat serambi masjid sebelah timur. Kerana itulah area
tawaf menjadi lebih luas dari 3.298 meter menjadi 8.500 meter, seluruh bahagian
Masjidil Haram lama menjadi tempat tawaf.
Kemudian,
pengubahsuaian dilanjutkan pada masa Raja Fahd. Dibangunlah ruangan bawah
tanah. Tak hanya itu, tingkat bawah tanah juga dilengkapi dengan pengatur hawa
dingin. Pusat enjin dibina di kawasan Ajyad. Air sejuk dialirkan di tingkat
bawah tanah berasal dari tempat yang sama.
Jadi wajar
saja, jika lantai yang digunakan untuk tempat tawaf tidak berasa panas
sekalipun suhu udara sangat panas. Ini adalah bentuk perkhidmatan Kerajaan
Kerajaan Arab Saudi terhadap jamaah yang setiap tahun harus meninggalkan sanak
keluarga di negara mereka demi melaksanakan Rukun Islam ke-5.
note ~
Teknologi pada zaman kini telah banyak memudahkan manusia. Banyak keselesaan
yang kita dapat berbanding di zaman dahulu terutama di zaman nabi yang penuh
dengan kesusahan dan kesukaran dalam meneruskan kehidupan. Tetapi itu tidak
menjadi masalah kepada mereka dalam soal beribadah kepada Allah SWT.
No comments:
Post a Comment