Monday, 23 December 2013





ZUBAIR IBNU AL'AWWAM   أبو عبدالله   زبير   ابن العوام

Abu 'Abd Allah Zubair ibn al-Awwam (Bahasa Arab: أبو عبدالله زبير ابن العوام) adalah seorang sahabat Nabi Muhammad s.a.w. Beliau merupakan salah seorang "Mubasyirin bil-jannah" (sepuluh sahabat yang dijamin masuk syurga). Beliau merupakan salah seorang pejuang yang hebat. Bersama dengan Khalid Al-Walid, mereka berdua sahaja yang berkeupayaan untuk berperang dengan dua pedang dalam satu masa, walaupun ketika menunggang kuda .

Dalam Islam, Sahabat Rasulullah S.A.W. (Arab الصحابه;) bermaksud mereka yang hidup semasa zaman baginda lalu mengenali dan menjadi rakan seperjuangan Nabi Muhammad s.a.w. semasa mengembangkan Islam.

Sahabat Nabi yang terkenal

1.Abbad ibn Bishr

2.Abdullah ibn Abbas

3.Abdullah ibn Amru

4.Abdullah ibn Hudhafah As-Sahmi

5.Abdullah ibn Jahsy

6.Abdullah ibn Mas'ud

7.Abdullah ibn Rawahah

8.Abdullah ibn Salam

9.Abdullah ibn Umar

10.Abdullah ibn Umm Maktum

11.Abdullah ibn Zubair

12.Abdur Rahman ibn Auf

13.Abu Ayyub al-Ansari

14.Abu Dzar al-Ghifari

15.Abu Musa Al-Asya'ari

16.Abu Hurairah(Abdul Rahman Sakkhar)

17.Abu Said Al-Khudri

18.Abu Sufyan ibn Al-Harits

19.Abu Ubaidah Al-Jarrah

20.Abu Darda'

21.Abul As ibn ar-Rabiah

22.Adi ibn Hatim

23.Ammar ibn Yasir

24.Amru Al-Ash

25.Amr ibn Jamuh

26.Anas ibn Malik al-Ansari

27.An-Nuayman bin Amr

28.At-Tufail ibn Amr ad-Dawsi

29.Aqil ibn Abi Thalib

30.Asma binti Abu Bakar

31.Barakah

32.Bara' ibn Malik al-Ansari

33.Bilal bin Rabah

34.Fairuz Ad-Dailami

35.Habib ibn Zaid al-Ansari

36.Hanzalah ibn Abu Umayr

37.Hajar ibn Adi

38.Hakim ibn Hazm

39.Hamzah bin Abdul Muttalib

40.Harits ibn Abdul Muthalib

41.Huzaifah Al-Yamani

42.Ikrimah ibn Abu Jahal

43.Ja'afar ibn Abi Thalib

44.Julaibib

45.Khabbab ibn al-Aratts

46.Khalid bin al-Walid

47.Miqdad Al-Aswad

48.Muaz ibn Jabal

49.Muawiyah ibn Abu Sufyan

50.Muhammad ibn Maslamah

51.Mus'ab ibn Umair

52.Nu'man ibn Muqarrin

53.Nu'man ibn Basyir

54.Nuaim ibn Mas'ud

55.Rabiah bin Ka'ab

56.Ramlah binti Abu Sufyan

57.Rumaysa binti Milhan

58.Sa'ad ibn Abi Waqqas

59.Sa'ad bin Ubadah

60.Sa'ad ibn Muaz

61.Said ibn Amir al-Jumahi

62.Said ibn Zayd

63.Salim Maula Abi Huzaifah

64.Salman Al-Farisi

65.Suhaib Ar-Rumi

66.Suhail ibn Amr

67.Talhah ibn Ubaidillah

68.Thabit ibn Qais

69.Thumamah ibn Uthal

70.Ubaidah al-Harits

71.Ubay ibn Ka'ab

72.Umair ibn Sa'ad al-Ansari

73.Umair ibn Wahab

74.Umar Al-Khattab

75.Ummu Salamah

76.Uqbah ibn Amir

77.Usamah ibn Zaid

78.Utbah ibn Ghazwan

79.Uwais Al-Qarni

80.Zayd ibn Khatab

81.Zaid ibn Harithah

82.Zaid ibn Thabit

83.Zubair ibn Awwam


Terdapat 3 syarat yang wajib yang perlu diambilkira sebelum seseorang itu layak digelar sebagai sahabat nabi iaitu, seseorang yang hidup di zaman baginda dan bersua muka atau mendengar suara baginda (kerana terdapat beberapa sahabat baginda yang buta). Kedua mereka yang beriman dengan baginda iaitu mereka yang percaya dengan kenabian baginda. Yang terakhir adalah mereka yang mati di dalam Islam kerana terdapat beberapa orang yang hidup dan bersua dengan baginda serta beriman dengan baginda tetap murtad apabila kewafatan baginda.

Siapakah Khalid bin al-Walid(Teman karib Zubair bin Al-Awwam)?

خالد بن الولد

Khalid ibni al-Walid(592 - 642 pada umur 50 tahun )

Gelarannya: Pedang Allah

Tempat lahir: Makkah, Arab Saudi

Tempat wafat: Hims, Syria

Kesetiaan: Khulafa al-Rasyidin

Penaklukan ke atas Empayar Parsi

Chains – River – Walaja – Ullais – Hira – Ein-ul-tamr – Muzayyah – Saniyy – Zumail – Firaz ,Penaklukan Syria Romawi ,Firaz – Qartin – Bosra – Ajnadain – Marj-al-Rahit – Fahl – Damsyik – Maraj-al-Debaj – Emesa – Yarmuk – Baitulmuqaddis – Hazir – Aleppo

Khalid bin al-Walid atau Khalid ibni al-Walid (1 Julai 592- 1 Oktober 642) (Bahasa Arab: خالد بن الوليد; Khālid ibn al-Walīd), nama sebenarnya Khalid bin al-Walid bin al-Mughirah; beliau juga dikenali sebagai Saifullah al-Maslul (bahasa Arab: بسيف الله المسلول bermaksud Pedang Allah yang terhunus atau Pedang Allah), adalah antara panglima tentera Arab yang memainkan peranan penting dalam peperangan antara tentera Islam dengan tentera Byzantine dan tentera Parsi pada kurun ketujuh. Beliau terkenal dengan kebijaksanaan dalam peperangan dan mengepalai tentera Islam ketika zaman Nabi Muhammad SAW dan juga zaman khalifah-khalifah Abu Bakar al-Siddiq dan Umar Al-Khattab. Pencapaian terulung ialah dimana beliau berjaya mengalahkan pasukan Rom dan Parsi dalam masa tiga tahun sahaja.

Khalid bin al-Walid berbangsa Arab keturunan Quraisy yang pernah suatu ketika menentang Nabi Muhammad . Beliau merupakan seorang askar yang aktif ketika Perang Uhud menentang tentera Islam. Ketika tempoh damai berikutan pemeteraian Perjanjian Hudaibiyah, Khalid memeluk Islam dan memohon maaf kepada Nabi Muhammad atas tindakan beliau sebelum ini. Ketika zaman nabi Muhammad SAW, beliau menyertai tentera Islam dalam Perang Mu'tah dan juga perang-perang lain. Selepas kewafatan Nabi, beliau dilantik penglima perang dan mengetuai ekspedisi menentang tentera Sasan Parsi dan juga tentera Empayar Byzantine (digelar "Rum" oleh orang Arab pada masa itu.

Kehidupan awal

Khalid dilahirkan c. 592 di Makkah, anak kepada Walid bin al-Mughira, ketua Bani Makhzum, sebuah suku daripada suku bangsa Quraisy. Bani Makhzum satu daripada tiga suku yang terunggul di Makkah pada masa itu – yang dua lain ialah Bani Hasyim dan Banu Abdul Dar (Bani Abd-al-dar). Beliau sepupu Saidina Umar. Bapanya terkenal di Makkah dengan gelaran Al-Waheed (Yang Satu). Bani Makhzum bertanggungjawab tentang perkara-perkara berkaitan dengan peperangan. Sejurus selepas kelahirannya, dan dengan mengikut resam orang Quraisy, Khalid dihantar untuk tinggal bersama suku kaum Badwi di kawasan gurun Arabia, dan disusukan oleh seorang ibu susu yang juga membesarkan kanak-kanak dalam suasana persekitaran udara padang pasir yang kering, nyaman dan bersih. Beliau pulang kepada ibu bapanya semasa berumur lima atau enam tahun. Semasa zaman kanak-kanak, Khalid diserang penyakit cacar; beliau pulih akan tetapi penyakit cacar itu meninggalkan parut pada pipi kirinya.

Khalid dan Umar, Khalifah kedua, sepupu dan wajah mereka mirip masing-masing. Mereka tinggi dan Khalid juga berbadan tegap dan berbahu lebar. Beliau berjanggut tebal. Beliau juga seorang juara gusti.

Sebagai seorang ahli Bani Makhzum, satu suku yang pakar dalam peperangan dan dikira antara penunggan kuda yang terbaik di Semenanjung Arab, pada zaman kanak-kanaknya, Khalid belajar menunggang kuda dan mengguna senjata seperti tombak, lembing, busur dan pedang. Dikatakan tombak menjadi senjata kesukaannya. Pada zaman remaja beliau disanjung sebagai seorang pahlawan dan ahli gusti oleh orang Quraisy.

Tidak banyak yang diketahui tentang Khalid sewaktu dakwah awal Nabi Muhammad (SAW), namun diketahui bahawa bapa Khalid, Walid al-Mughirah, memusuhi utusuan yang dibawa Nabi Muhammad dan diri baginda sendiri.


Berikutan Hijrah Nabi Muhammad, masyarakat orang Islam Madinah dan Quraisy Jahiliah Makkah bertempur buat beberapa kali. Khalid tidak mengambil bahagian dalam Perang Badar—pertempuran pertama antara Muslim Madinah dengan puak Quraisy Makkah—tetapi saudara lelakinya, Walid bin Walid tertangkap dan menjadi tawanan orang Islam. Khalid bersama-sama abangnya Hasham bin Walid pergi ke Madinah untuk membayar wang tebusan untuk Walid, tetapi dalam perjalanan pulang ke Makkah, Walid meloloskan dirinya daripada dua saudaranya dan pulang ke Nabi Muhammad di Madinah untuk memeluk Islam. Kepimpinan Khalid memainkan peranan penting dalam mengubah perjalanan pertempuran semasa Perang Uhud (625 M) dan hampir-hampir memastikan kemenangan Quraisy dalam pertempuran itu. Pada tahun 627 M beliau mengambil bahagian dalam Perang Ahzab (juga dikenali sebagai Perang Khandaq) menentang Muslim Madinah. Perang Ahzab merupakan kali terakhir Khalid menentang Islam.

Memeluk Islam

Sebuah perjanjian damai selama 10 tahun dimeterai orang Islam dan Quraisy Makkah dengan [Perjanjian Hudaibiyah]] pada tahun 628. Dicatatkan bahawa Nabi Muhammad memberitahu saudara Khalid, Walid bin Walid, bahawa: "Seorang lelaki seperti Khalid, tidak akan dapat menjauhkan dirinya daripada Islam buat masa yang lama". Walid mengirim surat kepada Khalid untuk memujuknya memeluk Islam. Khalid, yang sebenarnya tidak beberapa tertarik dengan berhala yang terdapat di Kaabah, membuat keputusan untuk memeluk Islam dan dikatakan telah berkongsi keputusannya dengan rakan zaman kanak-kanaknya, Ikrimah bin Abu Jahal. Ikrimah tidak bersetuju dengan keputusan yang diambil Khalid. Abu Sufyan bin Harb mengugut Khalid akan tetapi beliau ditahan Ikrimah yang dilaporkan telah berkata: "Bertenang ya Abu Sufyan! Kemarahan anda mungkin juga mendorong saya untuk menyertai Muhammad. Khalid bebas untuk memilih mana-mana agama yang dipilihnya."

Pada Mei 629 M, Khalid bergerak menuju ke Madinah. Dalam perjalanannya ke kota itu beliau bertemu Amr al-As dan Uthman bin Talha, yang juga dalam perjalanan ke Madinah untuk memeluk Islam. Mereka tiba di Madinah pada 31 Mei 629 dan pergi ke rumah Nabi Muhammad. Khalid disambut oleh abangnya Walid bin Walid dan merupakan orang yang pertama antara yang tiga untuk memeluk Islam.

Tiga bulan selepas ketibaan Khalid di Madinah, Nabi Muhammad menghantar seorang utusan kepada kerajaan Ghasan Syria, sebuah kerajaan ufti di bawah Empayar Byzantine, dengan sepucuk surat yang mempelawa raja Ghasan untuk memeluk Islam. Semasa melintasi Mu'tah, utusan ini dipintas dan dibunuh seorang ketua Ghasan tempatan yang bernama Syuhrabil bin Amr. Secara resamnya, utusan diplomatik terselamat daripada serangan dan berita tentang serangan ini menimbulkan kemarahan Madinah.

Sebuah ekspedisi ketenteraan ditubuhkan untuk menghukum pihak Ghasan. Rasulullah (SAW) melantik Zaid bin Harithah sebagai panglima pasukan Muslim. Sekiranya Zaid gugur, tampuk pemerintahan akan diambil alih Ja'afar bin Abi Talib, dan sekiranya Ja'afar juga gugur, tentera Islam akan dipimpin Abdullah bin Rawahah. Dan sekiranya ketiga-tiga orang ini juga terbunuh, maka anggota ekspedisi ini harus memilih seorang daripada mereka sebagai ketua.

Kesemua yang dinamakan sebagai panglima itu gugur semasa pertempuran dan Khalid dipilih tentera Islam sebagai pengganti. Beliau berjaya memimpin angkatan ekspedisinya seramai 3,000 orang menentang ketumbukan besar Empayar Byzantine dan Ghasan seramai 200,000 orang dalam apa yang disebut pertempuran Mu'tah. Khalid mengambil alih tampuk pimpinan tentera Muslim pada saat yang genting, dan mengubah apa yang berkemungkinan menjadi penyembelihan orang Islam kepada satu pengunduran strategik dan berjaya menyelamatkan pasukan Muslim daripada kemusnahan total.

Khalid menghantar sebahagian pasukannya ke belakang ketumbukan utamanya pada waktu malam. Pada keesokan hari mereka diarah menyertai ketumbukan utama dalam kumpulan-kumpulan kecil, menimbulkan tanggapan bahawa pasukan Islam sedang diperkukuhkan dan sekaligus menurunkan semangat tentera musuh. Pada hari pertempuran, Khalid berjaya mengekalkan barisan depannya dan tentera Muslim berundur ke Arabia pada waktu malam hari pertempuran. Pasukan Byzantine tidak memburu tentera Muslim kerana mempercayai bahawa mereka akan diperangkap tentera Muslim. Dikatakan bahawa Khalid berjuang dengan berani pada Pertempuran Mu'tah dan telah mematahkan sembilan bilah pedang semasa bertempur. Beliau diberi gelaran Saifullah al-Maslul kerana berjaya menyelamatkan tenteranya daripada dimusnhakan musuh dan membawanya pulang agar dapat berjuang pada hari lain. Gelaran Saifullah (Pedang Allah) dikurniakan Nabi Mohammed, justeru Khalid sudah terkenal dengan gelaran ini lama sebelum pertempuran Mu'tah berlaku.

Setahun kemudian, pada tahun 630 M, tentera Islam mara dari Madinah menuju ke kota Makkah (juga dieja "Mekah"). Dalam gerakan membuka Makkah, Khalid menjadi panglima satu daripada empat pasukan tentera Muslim yang memasuki kota Makkah melalui jalan-jalan berbeza, dan menewaskan pasukan berkuda Quraisy. Kemudian pada tahun yang sama beliau terlibat dalam Pertempuran Hunain dan Pengepungan Ta'if. Khalid menyertai kempen Tabuk di bawah perintah Nabi Muhammad, dan dari tabuk, beliau dihantar ke Daumat al-Jandal di mana beliau berjaya menawan Raja Arab Daumat al-Jandal dan dengan itu memaksa Daumat al-Jandal menyerah kalah. Pada tahun 631 M beliau bersama-sama Nabi Muhammad semasa baginda menunaikan haji terakhir. Dikatakan Khalid dapat mengumpul beberapa helai rambut Nabi Muhammad pada ibadat haji tersebut dan dikatakan Khalid percaya bahawa rambut Rasulullah (SAW) tersebut membawa berkat dan dapat membantunya dalam pertempuran.

Sambungan kisah Zubair bin AlAwwam

Zubair berasal dari Bani Asad, merupakan anak kepada Awwam ibn Khuwailid dan Saffiyah binti Abd Al-Muttalib. Zubair berkahwin dengan Asma binti Abu Bakar. Hasil perkahwinan ini mereka dikurniakan tiga orang anak lelaki iaitu, Abdullah ibn Zubair, Urwah ibn Zubair dan Ursa ibn Zubair.

Zubair memeluk Islam ketika berumur 15 tahun. Semasa Zubair memeluk Islam, diceritakan bahawa bapa saudaranya pernah menghukum beliau dengan membalutnya di dalam tikar lalu kakinya digantung di atas dan di bawah kepalanya api yang membara. Bapa saudaranya Naufil memaksanya kembali menyembah berhala, tetapi walaupun disiksa berkali-kali, Zubair menegaskan "Saya tidak akan kafir kembali sama sekali!".

Zubair adalah perajurit dakwah yang berani menyandang senjata untuk melawan orang-orang yang menghendaki gugurnya dakwah Islamiah. Kepahlawanannya telah tampak pertama kali pada waktu Perang Badar. Dalam peperangan itu, pasukan Quraisy menempatkan pendekarnya di barisan paling hadapan yang dipimpin oleh Ubaidah bin Said Ibnul Aash. Beliau dikenal sebagai seorang yang paling berani, paling pandai dalam menunggang kuda dan paling kejam terhadap lawan.

Walaupun seluruh tubuh Ubaidah berbalut baju besi sehingga sulit ditembus dengan senjata, Zubair sedia terjun ke medan tempur dan terjadilah perang tanding yang seru sekali antaranya dan Ubaidah. Dalam dua kali putaran Zubair berjaya mengarahkan lembingnya ke mata Ubaidah dan berhasil menusuk kedua mata itu sampai ke belakang kepalanya.

Semasa Perang Uhud pula, Talhah bin Abu Talhah Al-Abdari, pembawa bendera kaum Musyrikin pada hari itu telah mengajak perang tanding, tetapi tiada seorang pun yang mahu keluar menemuinya. Maka Zubair bin Al-Awwam ra keluar untuk menghadapinya. Mereka berdua bertarung sampai Zubair melompat ke atas untanya, dan menariknya jatuh ke atas tanah, dan di situ dia bertarung dengan Talhah, sehingga akhirnya Zubair dapat mengalahkan Talhah dan membunuhnya dengan pedangnya. Lantaran itu Rasulullah SAW telah berkata: "Tiap-tiap Nabi ada pengiringnya, dan pengiringku ialah Zubair." Kemudian Baginda berkata lagi: "Kalau Zubair tidak keluar melawannya, nescaya aku sendiri yang akan keluar dan melawannya, kerana melihat banyak orang yang tidak sanggup melawannya.2 (Al-Bidayah Wan-Nihayah 4:20)

Saat-saat terakhir

Ketika terjadinya Perang Jamal antara pasukan yang dipimpin Aishah binti Abu Bakar dengan pasukan Ali bin Abi Talib, Zubair bertemu dengan Ali dan menyatakan dirinya tidak lagi memihak dan akan berusaha mendamaikan kedua pasukan itu. Selepas itu ketika sedang bersolat, beliau ditikam oleh Amr ibn Jarmouz.

Tuesday, 10 December 2013





HAJI AKBAR BENARKAH WUJUD ?
SOALAN:
Saya(Ust Hassan) sering diajukan soalan oleh peserta kursus haji/umrah mengenai Haji Akbar, apakah ianya benar-benar wujud? Apakah ianya satu propaganda yang sengaja direka oleh syeikh-syeikh haji untuk menarik jemaah haji beramai-ramai memasuki jemaahnya pada tahun itu. Apakah ianya satu kenyataan seperti jatuhnya wukuf pada hari Jumaat. Bukankah hari Jumaat itu penghulu segala hari dan banyak pula kelebihannya? Bukankah segala yang berlaku pada hari itu istimewa dan besar pahalanya? Harap diberi penjelasan untuk mengatasi kekeliruan tersebut dan kelebihan hari Jumaat.

JAWAPAN:
Berbincang tentang topik kelebihan hari Jumaat dan haji akbar sangat menarik, terutama kepada mereka yang berazam menunaikan fardu haji pada tahun-tahun tertentu. Mengapa tidak, jika pahalanya menyamai pahala 72 kali haji biasa, semata-mata kerana hari wukufnya kebetulan berlaku pada hari Jumaat.

Hari Jumaat juga menarik, kerana dikatakan sesiapa yang meninggal dunia pada hari atau malamnya, nescaya terlepas daripada seksa kubur dan soal Mungkar dan Nakir. Sesetengahnya pula menyatakan mati pada hari atau malam Jumaat menyamai pahala mati syahid.

Saya juga pernah mengikuti ceramah-ceramah agama, sama ada dalam program biasa atau kursus khas bagi jemaah haji. Penceramah sering membangkitkan kelebihan hari Jumaat dan fadhilat wukuf pada hari itu, tetapi sayang, hujah-hujah yang diberi kebanyakannya lemah dan tidak bersandarkan al-Quran dan hadis-hadis sahih. Pada hal kedua-duanya adalah sumber utama bagi hukum dan akidah Islam.

Sering kali penceramah mempersalahkan pihak-pihak tertentu jika wukuf tidak berlaku pada hari Jumaat, misalnya kerajaan Arab Saudi sengaja mengubah tarikh wukuf kepada hari-hari selain Jumaat, kerana mengelak daripada terpaksa membebaskan beramai-ramai tahanan yang dipenjarakan, akibat berbagai-bagai kes jenayah dan yang dihukum dengan kerja-kerja berat.

Saya kurang pasti sejauh mana kebenaran fakta ini, sehingga tarikh wukuf boleh diubah, semata-mata kerana tidak ingin membebaskan tahanan dalam penjara. Pengesahan mungkin boleh dibuat dengan orang yang lebih arif dengan kedudukan di tanah suci atau dengan Kementerian Haji dan Wakaf sendiri.

Sebelum saya menjelaskan soalan di atas, suka dimaklumkan bahawa sebarang hukum dalam agama ini, hendaklah bersandarkan al-Quran dan hadis-hadis sahih. Hadis da'if tidak boleh dijadikan hujah bagi perkara-perkara yang berkaitan akidah dan hukum-hukum asas dalam Islam, kecuali dalam hal-hal yang berkaitan fadha'il a'mal (kelebihan-kelebihan amal). Itupun hendaklah hadis yang dipilih tidak terlalu da'if.

Hari Jumaat memang ada fadhilat dan kelebihannya, namun fadhilat tidak boleh direka sesuka hati, biarpun seorang itu merupakan ulama besar yang berpengetahuan luas. Jika hal-hal yang berkaitan agama boleh direka orang-orang tertentu, maka apa perlu lagi kepada al-Quran dan hadis. Nabi pernah mengingatkan kepada orang yang berani mereka-reka dalam agama dengan sabda Baginda SAW yang bermaksud: Jika anda tidak menyimpan rasa malu, lakukan sahaja apa yang anda suka. (Bukhari, al-Abad 10/434).

Tentang hadis-hadis yang menyatakan fadhilat hari Jumaat, ada yang sahih dan ada yang daif, bahkan ada juga yang palsu dan sengaja direka-rekakan oleh orang yang tidak bertanggungjawab. Saya perturunkan di sini beberapa contoh amalan yang berkaitan hari Jumaat dan keterangan yang berhubung dengannya dari segi sahih, daif dan maudu' (palsu).

Secara umumnya hari Jumaat lebih afdal daripada hari-hari lain, sebagaimana juga makhluk manusia, malaikat dan lain-lain. Nabi-nabi tentunya lebih afdal daripada manusia biasa, bulan Ramadan lebih afdal daripada bulan-bulan biasa. Ini adalah sunah (peraturan) Allah pada semua makhluknya.

Imam Malik dalam al-Muattha 1/108 meriwayatkan: Sebaik-baik hari yang menyingsing matahari padanya ialah hari Jumaat, padanya Adam dijadikan, dimasukkan ke syurga dan dikeluarkan daripadanya. Hadis ini menyatakan sebab mengapa hari Jumaat itu afdal, iaitu kerana ada hubungannya dengan sejarah Nabi Adam yang dicipta, dimasuk dan dikeluarkan dari syurga.

Hadis-hadis sahih boleh dirujuk, antara lain kepada kitab al-targhib wa al-tarhib karangan al-Munziri, di dalamnya menyatakan lagi bahawa pada hari Jumaat, para malaikat berdiri di setiap pintu masjid, untuk mencatat pahala orang yang lebih awal datang ke masjid. Siapa yang datang lebih awal, lebih besar pahalanya, iaitu seperti orang berkorban seekor unta. Orang yang lebih lewat datang lebih kecil pula pahalanya, iaitu bagaikan orang yang berkorban dengan telur puyuh.

Dinyatakan lagi dalam hadis sahih riwayat Abu Daud, al-Nasa'ie dan lain-lain, pada hari Jumaat digalakkan banyak membaca selawat kepada nabi, kerana selawat pada hari itu akan dipersembahkan kepada nabi s.a.w. Para sahabat bertanya, bagaimana selawat dipersembahkan, bukankah nabi telah wafat? Baginda bersabda: Dibawa selawat kepadaku, kerana jasad nabi-nabi tidak musnah dimakan bumi.

Dalam hadis riwayat Ahmad dan Tirmizi menyatakan lagi: Sesiapa bermandi-manda pada hari Jumaat, kemudian datang pagi-pagi ke masjid, berjalan kaki dan tidak menunggang kenderaan, mengambil tempat duduk berhampiran imam, mendengar khutbah dan tidak bercakap-cakap ketika khatib menyampaikan khutbahnya, nescaya setiap langkahnya dicatat pahala menyamai amalan setahun yang lengkap dengan ibadat puasa dan sembahyang malam.

Disebut juga dalam hadis sahih, kelebihan membaca surah al-Kahfi pada malam Jumaat, iaitu kuburnya terang dan bercahaya sepanjang minggu. Dinyatakan juga dalam hadis sahih, pada hari Jumaat ada satu saat yang dimustajabkan dia, tetapi tidak ditentukan dengan tepat bilakah waktunya.

Selain hadis sahih ada pula hadis daif yang hanya boleh dipakai pada fadha'il a'mal, tetapi tidak boleh dalam perkara yang menyentuh akidah, misalnya orang yang meninggal pada hari atau malam Jumaat akan terlepas daripada seksa kubur atau tidak disoal oleh malaikat Mungkar dan Nakir. Hadis ini diriwayat Abu nu'aim dalam kitabnya Hilyah al-Aultya, tetapi sanadnya terlalu daif.

Persoalan terlepas daripada seksa kubur dan soalan Mungkar dan Nakir adalah termasuk dalam hal-hal akidah. Justeru itu, meninggal pada hari Jumaat tidak memberi apa-apa erti yang istimewa. Hanya jika ada keistimewaan diperoleh si mati itu, maka bukan disebabkan kematiannya pada hari Jumaat, tetapi kerana sebab-sebab lain, seperti amal ibadat, perjuangan dan jihadnya pada jalan Allah Subhanahu wataala.

Demikian juga dengan beberapa jenis syahid dunia, seperti kematian kerana sakit perut, lemas air, bersalin, kerana mempertahankan nyawa, ditimpa bangunan dan mati di luar negara, disenaraikan sebagai mati syahid yang terselamat daripada seksa kubur. Saya berpendapat, di samping sebab kematian itu ada lagi faktor yang lebih utama bagi kematiannya, seperti jihad kerana mempertahankan agama Allah.

Kita sedia mengetahui, ramai para sahabat yang kanan dan kuat iman serta sumbangannya kepada Islam tidak meninggal dunia pada hari Jumaat, bahkan Nabi Muhammad s.a.w. sendiri tidak diwafatkan pada hari itu.

Jika hari Jumaat merupakan hari terbaik untuk kematian, nescaya Allah memilih hari itu untuk diwafatkan nabi-nabi pilihannya. Sebaliknya pula, kita dapati ramai orang bukan Islam, atau orang yang cara hidupnya tidak lurus dengan Islam, meninggal dunia pada hari Jumaat. Apakah hari kematian itu suatu keistimewaan baginya, atau menyebabkannya terlepas daripada seksa kubur dan soalan Munkar dan Nakir?

Kembali kepada persoalan haji akbar seperti yang dibincang, iaitu apabila wukuf pada tahun itu berlaku pada hari Jumaat. Saya bertanya kawan-kawan yang pembacaan lebih luas, mereka menyatakan tidak ada haji akbar dengan istilah itu dan tiada keterangan hadis yang menunjukkan pahala haji akbar sebagai menyamai 72 kali ibadat haji biasa.

Bagaimanapun, saya tidak sependapat dengan sesetengah orang yang mendakwa, haji akbar suatu propaganda oleh syeikh-syeikh haji untuk menarik minat jemaah haji ke Mekah saban tahun. Ini kerana cerita haji akbar itu memang lama wujud dalam kitab-kitab dan penulisan Islam. Kesahihannya ditolak oleh ulama dalam kitab-kitab dan penulisan mereka.

Sebagai contoh, Ibn al-Qayyim dalam kitabnya Zad al-Ma'ad 1/12 menyatakan, haji akbar dengan pengertian apabila hari wukuf berlaku pada hari Jumaat dan keistimewaan haji pada tahun itu menyamai 72 kali haji , adalah batil (salah dan tidak bersumberkan dalil-dalil yang sah, sama ada daripada Rasulullah, sahabat, mahupun tabiin.

Kenyataan Ibn al-Qayyim ini di samping menafikan propaganda oleh pihak tertentu, seharusnya menjadi hakim dan pemutus kata dalam isu haji akbar yang dibincangkan.

Penafian adanya haji akbar oleh Ibn al-Qayyim, tidak bermakna tiada langsung istilah itu dalam al-Quran dan hadis. Memang ada istilah itu, tetapi dengan pengertian hari wukuf atau hari yang pada malamnya bermula wukuf di Arafah, bermalam di Muzdalifah, melontar jamrah dan beberapa amalan haji yang disempurnakan pada hari itu.

Haji akbar dengan pengertian ini kerap disebut dalam al-Quran dan hadis, iaitu dalam surah al-Taubah, ayat 3

وَأَذَانٌ مِنَ اللَّهِ وَرَسُولِهِ إِلَى النَّاسِ يَوْمَ الْحَجِّ الْأَكْبَرِ أَنَّ اللَّهَ بَرِيءٌ مِنَ الْمُشْرِكِينَ وَرَسُولُهُ فَإِنْ تُبْتُمْ فَهُوَ خَيْرٌ لَكُمْ وَإِنْ تَوَلَّيْتُمْ فَاعْلَمُوا أَنَّكُمْ غَيْرُ مُعْجِزِي اللَّهِ وَبَشِّرِ الَّذِينَ كَفَرُوا بِعَذَابٍ أَلِيمٍ

Dan Inilah perisytiharan dari Allah dan RasulNya kepada umat manusia, (diisytiharkan) pada hari raya Haji Yang terbesar, Bahawa Sesungguhnya Allah dan RasulNya memutuskan tanggungjawab terhadap orang-orang musyrik; oleh itu jika kamu (Wahai kaum musyrik) bertaubat (dari kufur) maka Yang demikian adalah baik bagi kamu; dan jika kamu berpaling (ingkar), maka ketahuilah Sesungguhnya kamu tidak akan dapat melepaskan diri dari (azab seksa) Allah. dan khabarkanlah (Wahai Muhammad) kepada orang-orang kafir (bahawa mereka akan ditimpakan) Dengan azab Yang tidak terperi sakitnya.

Terdapat dalam hadis riwayat Abu Daud yang membawa maksud: Pada suatu hari baginda Rasulullah berdiri di Mina, Baginda bertanya jemaah haji yang hadir berwukuf: Tahukah anda apakah hari ini? Para sahabat menjawab: Hari ini hari nahar (sembelihan korban). Sabda baginda: Hari ini juga dinamakan hari haji akbar.

Sebagai kesimpulan, haji akbar dengan pengertian haji yang wukuf berlaku pada hari Jumaat tidak wujud dalam amalan Islam, kalaupun tidak boleh dikatakan propaganda syeikh-syeikh haji, tetapi tiada asasnya yang sahih dan boleh dipegang. Sebaliknya haji akbar berlaku pada setiap tahun, iaitu nama kepada amalan haji yang dikerjakan pada malam wukuf di Arafah dan kerja-kerja yang disempurnakan pada harinya. 

PENCERAHAN SELANJUTNYA MENURUT PENILAIAN DAN SANDARAN DALIL:

Kalimat Haji Akbar memang bertemu dalam AlQuran seperti yang tersebut di atas (AtTaubah: 03). Tetapi hendaklah kita ketahui bagaimana penafsiran tentang Haji Akbar itu.  Tafsir-tafsir AlQuran sebagai Tafsir AtThabary, ArRazi, Ibnu Katsir dan beberapa tafsir lain, yang terkemudian sekali ialah Tafsir AlManar telah memperkatakan dan menghuraikan di sekeliling Haji Akbar itu dengan sangat jelas, tentang apabilakah yang dinamai Haji Akbar itu. Setengah berpendapat bahawa Haji Akbar ialah hari kesepuluh, kerana pada hari itu bolehlah dikatakan bahawa segala rukun yang penting dari Haji sudah dapat dikerjakan.

Ada sebuah Hadis yang dirawikan dari Abdullah bin Umar oleh Ibnu Jarir AtThabary, demikian mafhum hadis tersebut:
"Rasulullah SAW  telah berdiri dekat jumrah-jumrah itu ketika Baginda SAW mengerjakan Haji Wada'(Haji Perpisahan) pada Hari Nahar (10 Zulhijjah), lalu Baginda SAW berkata: "Inilah dia hari Haji Akbar."

Hadis lebih lengkap lagi dengan riwayat yang diterima oleh Ibnu Jarir dari Muhammad bin Sirin dari AbdurRahman bin Abi Bakrah. Dia ini menceritakan: "Di hari itu duduklah Rasulullah SAW di atas punggung unta Baginda SAW dan orang-orang memegang kekang unta itu."  Lalu Baginda SAW bertanya," Hari apakah ini?" Lalu kata Abi Bakrah melanjutkan ceritanya: "Kami semua berdiam, tidak ada yang menjawab, kerana kami menunggu mungkin Baginda SAW akan memberikan nama buat hari itu yang lain dari yang kami kenal selama ini."
Baginda SAW  melanjutkan ucapanNya:"Bukankah ini yang bernama Haji Akbar?"  Ibnu Katsir mengatakan dalam tafsirnya bahawa Isnad Hadis ini sahih, dikeluarkan dari Shahih Bukhary.  Tetapi ada pula riwayat bahawa ketika ditanyakan orang kepada Ali bin Abi Thalib R.anhu. beberapa waktu kemudian ketika beliau naik haji, yang manakah yang dinamai "Haji Akbar", beliau menjawab ialah Hari Nahar (Hari 10 Zulhijjah, Hari Adha, Hari Penyembelihan Qurban).  Pernah pula orang bertanya kepada Mughirah ibnu Syu'bah R.anhu (sahabat Nabi SAW), bila hari Haji Akbar. Beliau jawab sedang beliau berkhutbah itu juga: " Inilah Hari Raya Adha, inilah Hari Nahar dan inilah hari Haji Akbar."  Beliau berkhutbah sedangkah beliau berada diatas tunggangan unta ketika di Mina.

Ketika ditanya kepada Tabi'in yang masyhur itu AlImam Hassan al Bishry bila hari Haji Akbar, beliau menjawab," Apa yang hendak kamu tanyakan lagi tentang Haji Akbar? Hal tersebut terjadi pada tahun Abu Bakar R.anhu berhaji kerana diangkat Rasulullah SAW akan beliau menjadi ketua Haji tahun itu."

Ada pula sebuah Hadis Mursal yang dirawikan oleh Ibnu Juraij, bahawa ketika Haji Wada', Rasulullah SAW  berpidato di Arafah (9 Zulhijjah  - Hari Wuquf), sabda Baginda SAW,"Inilah hari Haji Akbar." Hadis ini berbeza dengan yang diriwayatkan oleh Ibnu 'Umar tadi yang mengatakan  Baginda Nabi SAW berkhutbah di Mina.

Kalau kita padankan dengan AlQuran, maka Haji Akbar yang tersebut dalam Ayat 3 AtTaubah, nyatalah yang dimaksud disana ialah Hajinya Saidina ABdu Bakar R.anhu di tahun kesembilan untuk memberi maklumat kepada manusia bahawa Allah dan Rasul  telah melepaskan diri dari ikatan perjanjian dengan kaum Musyrikin mulai tahun kesembilan itu.  Sejak itu orang Musyrik,orang Kafirin tidak boleh naik haji dan orang ber-thawaf tidak boleh lagi bertelanjang.  Mengikut ulamak tarikh, Rasulullah SAW berkhutbah diMina dengan Baginda SAW  menyatakan bahawa hari tersebut ialah Hari Akabar ialah bukan hari wuquf, tetapi hari kesepuluh, hari Adha, hari melontar Jamrah Kubro.  Benar, mengikut Ulamak Tarikh, sejarawan, bahawa Haji Wada' Rasulullah SAW yang mana hari wuqufnya ialah Hari Jumaat sedangkan Rasulullah SAW mengistiharkan hari Haji Akbar pada keesokannya iaitu hari kesepuluh.  Dan kalau tahun ke 10 hijriyah , wuquf Nabi SAW di Arafah jatuh pada hari jumaat, nescaya Wuquf Saidina Abu Bakar R.anhu ditahun kesembilan tentulah tidak jatuh pada hari jumaat, sedang tahun Abu Bakar tersebutlah AlQuran mengistiharkan sebagai Hari Akbar. Nah, pembaca boleh membuat penilaian dari pencerahan tersebut.  Ulamak Besar Sufyan AsTsaury mengatakan: " Seluruh hari mengerjakan haji itu adalah hari Haji Akbar disebut juga Yaumul Fathi(Hari Kemenangan).  Walau pun sudah 1425 tahun berlalu, namun ahli hisab yang cerdik masih dapat kita tolong hisabkan, KALAU WUQUF NABI SAW KE 10 JATUH HARI JUMAAT, WUQUF SAIDINA ABU BAKAR R.ANHU TAHUN KE 9, JATUH PADA HARI APA?


NABI KHIDHIR A.S. MASIH HIDUP

Takziah kepada keluarga Rasulullah SAW.. Diriwayatkan oleh Ibnu Abi Hatim dalam kitab Tafsir: “Bercerita kepadaku ayahku, yang didengarnya dari Abdul Aziz Al-Ausiy, dari Ali bin Abu Ali, dari Ja’far bin Muhammad bin Ali bin Husain, dari ayahnya, katanya Ali bin Abi Talib berkata: “Ketika wafat Rasulullah SAW, datanglah ucapan takziah. Datang kepada mereka (keluarga Nabi SAW) orang yang memberi takziah. Mereka mendengar orang memberi takziah tetapi tidak melihat orangnya. Bunyi suara itu begini:

‘Assalamu Alaikum Ahlal Bait Warahmatullahi Wabarakatuh. Setiap yang bernyawa akan merasakan mati. Hanyasanya disempurnakan pahala kamu pada hari kiamat. Sesungguhnya dalam agama Allah ada pemberi takziah bagi setiap musibah, bagi Allah ada pengganti setiap ada yang binasa, begitu juga menemukan bagi setiap yang hilang. Kepada Allah-lah kamu berpegang dan kepada-Nya mengharap. Sesungguhnya orang yang diberi musibah adalah yang diberi ganjaran pahala.”

Berkata Ja’far: “Bercerita kepadaku ayahku bahawa Ali bin Abi Talib ada berkata: “Tahukah kamu siapa ini? Ini adalah suara Nabi Khidir.” Berkata Muhammad bin Ja’far: “Adalah ayahku, iaitu Ja’far bin Muhammad, menyebutkan tentang riwayat dari ayahnya, dari datuknya, dari Ali bin Abi Talib bahawa datang ke rumahnya satu rombongan kaum Quraisy kemudian dia berkata kepada mereka: “Mahukah kamu aku ceritakan kepada kamu tentang Abul Qasim (Muhammad SAW)?”

Kaum Quraisy itu menjawab: “Tentu sahaja mahu.”

Ali bin Abi Talib berkata: “Jibril Alaihis salam pernah berkata kepada Rasulullah SAW: “Selamat sejahtera ke atas kamu wahai Ahmad. Inilah akhir watanku (negeriku) di bumi. Sesungguhnya hanya engkaulah hajatku di dunia.” Maka tatkala Rasulullah SAW wafat, datanglah orang yang memberi takziah, mereka mendengarnya tetapi tidak melihat orangnya. Orang yang memberi takziah itu berkata: “Selamat sejahtera ke atas kamu wahai ahli bait. Sesungguhnya pada agama Allah ada pemberi takziah setiap terjadi musibah, dan bagi Allah ada yang menggantikan setiap ada yang binasa. Maka kepada Allah-lah kamu berpegang dan kepada-Nya mengharap. Sesungguhnya orang yang diberi musibah adalah yang diberi ganjaran pahala.” Mendengar yang demikian Ali bin Abi Talib berkata: “Tahukah kamu siapa yang datang itu? Itu adalah Khidir.”

Berkata Saif bin Amr At-Tamimi dalam kitabnya Ar-Riddah, yang diterimanya dari Sa’id bin Abdullah, dari Ibnu Umar mengatakan: “Ketika wafat Rasulullah SAW, datanglah Abu Bakar ke rumah Rasulullah. Ketika beliau melihat jenazah Rasulullah SAW, beliau berkata: “Inna Lillahi Wa Inna Ilaihi Rajiun.” Kemudian beliau bersama sahabat-sahabat yang lain menyembahyangkan jenazah Rasulullah SAW. Pada waktu mereka menyembahyangkan jenazah Rasulullah SAW, mereka mendengar suara ajaib. Selesai solat dan mereka pun semuanya sudah diam, mereka mendengar suara orang di pintu mengatakan: “Selamat sejahtera ke atas kamu wahai Ahli Bait. Setiap yang bernyawa akan merasakan kematian. Hanyasanya disempurnakan pahala kamu pada hari kiamat. Sesungguhnya pada agama Allah ada pengganti setiap ada yang binasa dan ada kelepasan dari segala yang menakutkan. Kepada Allah-lah kamu mengharap dan dengan-Nya berpegang. Orang yang diberi musibah akan diberi ganjaran. Dengarlah itu dan hentikan kamu menangis itu.”

Mereka melihat ke arah suara itu tetapi tidak melihat orangnya. Kerana sedihnya mereka menangis lagi. Tiba-tiba terdengar lagi suara yang lain mengatakan: “Wahai Ahli Bait, ingatlah kepada Allah dan pujilah Dia dalam segala hal, maka jadilah kamu golongan orang mukhlisin. Sesungguhnya dalam agama Allah ada pemberi takziah setiap terjadi musibah, dan ada pengganti setiap ada yang binasa. Maka kepada Allah-lah kamu berpegang dan kepada-Nya taat. Sesungguhnya orang yang diberi musibah adalah orang yang diberi pahala.” Mendengar yang demikian itu berkata Abu Bakar: “Ini adalah Khidir dan Ilyas. Mereka datang atas kematian Rasulullah SAW.”

Berkata Ibnu Abu Dunia, yang didengarnya dari Kamil bin Talhah, dari Ubad bin Abdul Samad, dari Anas bin Malik, mengatakan: “Sewaktu Rasulullah SAW meninggal dunia, berkumpullah sahabat-sahabat beliau di sekeliling jenazahnya menangisi kematian beliau. Tiba-tiba datang kepada mereka seorang lelaki yang bertubuh tinggi memakai kain panjang. Dia datang dari pintu dalam keadaan menangis. Lelaki itu menghadap kepada sahabat-sahabat dan berkata: “Sesungguhnya dalam agama Allah ada pemberi takziah setiap terjadi musibah, ada pengganti setiap ada yang hilang. Bersabarlah kamu kerana sesungguhnya orang yang diberi musibah itu akan diberi ganjaran.”

Kemudian lelaki itu pun menghilang daripada pandangan para sahabat. Abu Bakar berkata: “Datang ke sini lelaki yang memberi takziah.” Mereka memandang ke kiri dan kanan tetapi lelaki itu tidak nampak lagi. Abu Bakar berkata: “Barangkali yang datang itu adalah Khidir, saudara nabi kita. Beliau datang memberi takziah atas kematian Rasulullah SAW.”

Dari tadi sudah banyak kita lihat ucapan-ucapan takziah yang hampir sama kata-katanya. Ada yang mengatakan hadis ini daif. Ubad yang meriwayatkan hadis ini tidak diiktiraf oleh Imam Bukhari.

Berkata Ibnu Syahin dalam kitabnya Al-Jana’iz: “Bercerita kepada kami Ibnu Abu Daud, dari Ahmad bin Amr, dari Ibnu Wahab, dari Muhammad bin Ajlan, dari Muhammad bin Mukandar, berkata: “Pernah pada suatu hari Umar bin Khattab menyembahyangkan jenazah, tiba-tiba beliau mendengar suara di belakangnya: “Ala, janganlah duluan dari kami mengerjakan solat jenazah ini. Tunggulah sudah sempurna dan cukup orang di belakang baru memulakan takbir.” Kemudian lelaki itu berkata lagi: “Kalau engkau seksa dia ya Allah, maka sesungguhnya dia telah derhaka kepada-Mu. Tetapi kalau Engkau mahu mengampuni dia, maka dia betul-betul mengharap keampunan daripada-Mu.” Umar bersama sahabat-sahabat yang lain sempat juga melihat lelaki itu. Tatkala mayat itu sudah dikuburkan, lelaki itu masih meratakan tanah itu sambil berkata: “Beruntunglah engkau wahai orang yang dikuburkan di sini.”

Umar bin Khattab berkata: “Tolong bawa ke sini lelaki yang bercakap itu supaya kita tanya tentang solatnya dan maksud kata-katanya itu.” Tiba-tiba lelaki itu pun sudah menghilang dari pandangan mereka. Mereka mencari ke arah suaranya tadi tiba-tiba mereka melihat bekas telapak kakinya yang cukup besar. Umar bin Khattab berkata: “Barangkali yang datang itu adalah Khidir yang pernah diceritakan oleh Nabi kita Muhammad SAW.”

Ada juga yang mengatakan hadis ini tidak sahih. Kata Ibnu al-Jauzi hadis ini majhul (tidak dikenal) dan dalam sanadnya ada yang terputus di antara Ibnul Mukandar dengan Umar.

Khidir datang menegur peniaga

Berkata Ibnu Abu Dunia: “Bercerita kepadaku ayahku, yang didengarnya dari Ali bin Syaqiq, dari Ibnu Al-Mubarak, dari Umar bin Muhammad bin Al-Mukandar, berkata: “Ada seorang peniaga yang banyak memuji-muji barangnya dan banyak bersumpah untuk meyakinkan orang lain (pembeli). Tiba-tiba datang kepadanya seorang tua dan berkata: “Wahai peniaga, juallah barangmu tetapi jangan banyak bersumpah.” Peniaga itu masih banyak bercakap dan bersumpah, yang menyebabkan orang tua itu berkata lagi: “Wahai pedagang, berniagalah secara jujur dan jangan banyak bersumpah.” Bahkan orang tua itu berkata lagi: “Berniagalah secara yang patut sahaja.” Peniaga itu berkata: “Inilah yang patut saya lakukan.” Kemudian orang tua itu berkata: “Utamakanlah kejujuran walaupun berat melakukannya dan tinggalkan berbohong walaupun ia akan membawa keuntungan.”

Akhirnya peniaga itu berkata: “Kalau begitu tuliskanlah semua apa yang engkau sebutkan ini. “Orang tua itu berkata: “Kalau ditakdirkan sesuatu itu maka adalah ia.” Menurut mereka yang datang menegur itu adalah Nabi Khidir.

Diriwayatkan oleh Abu Amr, dari Yahya bin Abi Talib, dari Ali bin Ashim, dari Abdullah, berkata: “Pernah Ibnu Umar duduk-duduk di satu tempat, sedangkan seorang lelaki (tidak berapa jauh dari tempatnya) sudah mula membuka jualannya. Peniaga itu banyak bersumpah untuk melariskan jualannya. Tiba-tiba datang kepadanya seorang lelaki dan berkata: “Takutlah kepada Allah dan jangan berbohong. Hendaklah engkau berkata jujur walaupun berat melakukannya dan jauhilah berdusta walaupun ia membawa manfaat. Dan jangan tambah-tambah dari cerita orang lain (apa yang ada).”

Ibnu Umar yang mendengar teguran orang tua itu berkata kepada peniaga itu: “Pergi ikuti dia dan suruh supaya dia tulis apa yang disebutkannya tadi.” Peniaga itu pergi mengikutinya dan meminta supaya menuliskan apa yang disebutkannya tadi tetapi orang tua itu hanya berkata: “Kalau sesuatu itu sudah ditentukan Allah, maka adalah ia.” Kemudian orang tua itu pun tiba-tiba sahaja menghilang. Peniaga itu kembali menjumpai Ibnu Umar serta menceritakan apa jawapan orang tua itu. Ibnu Umar berkata: “Yang datang itu adalah Nabi Khidir.”

Tetapi kata Ibnu Al-Jauzi hadis-hadis yang diriwayatkan oleh Ali bin Ahsim daif. Bahkan katanya Ali bin Ashim itu lemah ingatannya.

Ada juga riwayat yang hampir sama dengan ini menyebutkan: “Ada dua orang lelaki yang berjualan tidak berapa jauh dari Abdullah bin Umar. Salah seorang dari peniaga itu banyak bersumpah untuk melariskan barang-barang jualannya. Ketika ghairah bercerita mempromosikan jualannya, tiba-tiba datang seorang lelaki kemudian berkata kepada peniaga yang banyak bersumpah itu: “Wahai hamba Allah, takutlah kepada Allah dan jangan banyak bersumpah. Sesungguhnya tidak akan bertambah rezekimu jika engkau banyak bersumpah. Dan sebaliknya, tidak akan mengurangkan kepada rezekimu jika engkau tidak bersumpah. Oleh itu bercakaplah yang wajar-wajar sahaja.”

Peniaga itu menjawab: “Inilah yang saya anggap wajar.”

Lelaki tua itu mengulang nasihatnya lagi. Dan ketika dia sudah mahu pergi, dia berkata lagi: “Ketahuilah bahawa termasuk daripada iman ialah mengutamakan kejujuran walaupun berat melaksanakannya dan meninggalkan pembohongan walaupun dianggap membawa keuntungan.”

Setelah memberi nasihat atau teguran, lelaki itu pun pergi. Ibnu Umar berkata kepada peniaga itu: “Kejar dia dan minta supaya ditulisnya apa yang disebutkannya tadi.” Peniaga itu pergi mengejarnya dan berkata kepadanya: “Wahai hamba Allah, tuliskanlah apa yang engkau sebutkan tadi supaya tuan dirahmati Allah.” Lelaki itu tidak ada menulisnya tetapi mengulangi apa yang disebutkannya tadi. Jadi, menurut Ibnu Umar yang datang itu adalah Nabi Khidir.

Kisah Khidir dan Abu Mahjan

Diriwayatkan oleh Saif dalam kitab Al-Futuh, bahawa satu jemaah berada bersama Saad bin Abi Waqqas, maka mereka melihat Abu Mahjan berperang, maka yang meriwayatkan ini pun menceritakan kisah Abu Mahjan secara panjang lebar. Dari kesimpulan cerita-cerita mereka mengatakan bahawa Nabi Khidir masih hidup pada zaman itu.

Berkata Abu Abdullah bin Battah: “Bercerita kepada kami Syuaib bin Ahmad, yang didengarnya dari ayahnya, dari Ibrahim, bin Abdul Hamid, dari Ghalib bin Abdullah, dari Hasan Basri berkata: “Seorang lelaki berfahaman Ahli Sunnah Waljamaah berlainan pendapat dan berhujah dengan seorang lelaki bukan Ahli Sunnah. Mereka berdebat mengkaji masalah qadar. Mereka berdebat di tengah-tengah perjalanan. Masing-masing mereka mempertahankan pendapatnya dan berbantah dengan suara yang kuat tetapi akhirnya sepakat siapa yang duluan datang ke tempat mereka berhujah itu akan diangkat sebagai pemutus di antara mereka.

Tidak lama kemudian, muncullah seorang lelaki memikul bungkusan sedangkan rambut dan pakaiannya sudah berabu dan jalannya menunjukkan seolah-olah sudah kepenatan. Mereka berkata kepada lelaki itu: “Tadi kami berdebat tentang qadar dan masing-masing di antara kami memberikan hujah dan dalilnya tetapi tidak tahu siapa di antara kami yang benar. Kami sudah sama-sama setuju bahawa siapa orang yang mula-mula datang ke tempat ini akan kami angkat sebagai hakim. Maka sekarang kami minta tolong kepada tuan untuk menghakimi kami.”

Lelaki itu meletakkan bungkusannya kemudian duduk. Setelah berehat sebentar dan nafasnya sudah mulai tenang, dia berkata: “Kalau begitu duduklah kamu disini.” Kemudian lelaki itu menghakimi mereka secara bijaksana.” Menurut Hasan Basri lelaki yang mengadili mereka itu adalah Nabi Khidir.

Nabi Khidir memberi pengajaran

Diriwayatkan oleh Hammad bin Umar, dari A-Sara bin Khalid, dari Jakfar bin Muhammad, dari ayahnya, dari datuknya Ali bin Husain, katanya pembantu mereka pergi berlayar menaiki kapal. Ketika dia mahu mendarat tiba-tiba dia melihat di atas pantai duduk seorang lelaki yang sedang menerima hidangan makanan dari langit. Makanan itu diletakkan di hadapannya kemudian dia pun memakannya. Setelah dia kenyang, makanan itu diangkat semula ke langit. Pembantu yang merasa hairan itu memberanikan dirinya mendekati orang itu sambil berkata kepadanya: “Hamba Allah yang manakah engkau ini?” Lelaki itu berkata: “Aku adalah Khidir yang barangkali engkau sudah pernah mendengar nama itu.” Pembantu itu bertanya lagi: “Dengan (amalan) apakah didatangkan kepadamu makanan dan minuman ini?”

Lelaki itu menjawab: “Dengan nama Allah yang Maha Agung.”

Diriwayatkan oleh Ahmad dalam kitab Al-Zuhdi, yang diterima dari Hammad bin Usamah, dari Mas’ar, dari Maan bin Abdul Rahman, dari Aun bin Abdullah, dari Utbah, dari Ibnu Mas’ud, mengatakan: “Ada seorang lelaki di Mesir sedang bercucuk tanam di kebunnya. Ketika itu dia sedang gelisah dan dia tunduk mengerjakan ladangnya. Ketika dia mengangkat kepalanya, tiba-tiba di melihat di hadapannya ada seorang lelaki sedang berdiri memperhatikan apa yang dilakukannya dan memandangi wajahnya. Lelaki itu berkata kepadanya: “Kuperhatikan dari tadi engkau murung dan gelisah, mengapa begitu?” Lelaki yang bercucuk tanam itu berkata: “Tidak ada apa-apa.”

Kemudian lelaki yang datang tadi berkata: “Dunia adalah kesenangan yang sedikit dan masanya amat terhad, dan kesenangan itu dinikmati oleh orang baik dan orang jahat. Sedangkan akhirat kesenangan yang hakiki dan abadi.”

Mendengar yang demikian lelaki yang bercucuk tanam itu berkata: “Sebenarnya saya sedih memikirkan keadaan kaum muslimin sekarang ini. Orang yang datang itu berkata: “Allah SWT akan membebaskanmu dari kesusahan kerana engkau ambil-berat terhadap nasib kaum Muslimin. Cuba tanya siapakah orangnya yang meminta kepada Allah kemudian Allah tidak memenuhi permintaannya, siapakah orang yang doanya tidak terkabul? Siapakah yang berserah kepada Allah lalu Allah tidak melindunginya?” Mus’ir berkata: “Menurut mereka orang yang memberi pengajaran itu adalah Khidir.”

Nabi Khidir datang ke Baitul Haram

Berkata Abu Naim dalam kitab Al-Hilyah: “Bercerita kepada kami Ubaidullah bin Muhammad, dari Muhammad bin Yahya, dari Ahmad bin Mansur, dari Ahmad bin Jamil, katanya berkata Sufyan bin Ainah: “Pada waktu saya tawaf di Baitullah, tiba-tiba saya melihat seorang yang sedang memimpin satu kumpulan manusia mengerjakan tawaf. Saya bersama orang yang berdiri di sekelilingku memperhatikan lelaki itu. Ada di antara mereka yang berkata: “Lelaki yang memimpin kumpulan yang tawaf itu nampaknya seorang yang ikhlas dan berilmu.” Kami amati dia bahkan kami ikuti ke mana dia pergi. Lelaki itu pergi ke maqam kemudian mengerjakan solat di situ. Selesai solat dia menadahkan kedua tangannya dan berdoa. Setelah itu dia melihat ke arah kami dan berkata: “Tahukah kamu apa kata Tuhan kamu?”

Kami jawab: “Tidak.” Dia berkata: “Tuhan kamu berkata: “Aku adalah raja. Kamu mendakwa diri kamu sebagai raja.” Kemudian dia memalingkan wajahnya ke arah kiblat, menadahkan tangannya sebagai tanda berdoa kemudian berpaling kepada kami dan berkata: “Tahukah kamu apa kata Tuhan kamu?” Kami jawab: “Tidak.” Dia berkata: “Tuhan kamu berkata: “Akulah yang hidup dan tidak akan mati untuk selamanya. Kamu mendakwa diri kamu hidup dan tidak akan mati.”

Setelah itu dia menghadap ke arah kiblat dan mendoa. Selesai berdoa berpaling kepada kami sambil berkata: “Tahukah kamu apa kata Tuhan kamu?” Kami jawab: “Tidak.” Dia berkata: “Tuhan kamu berkata: “Akulah Tuhan yang apabila menghendaki sesuatu akan ada ia. Ada di antara kamu yang mengaku apabila menginginkan sesuatu akan ada.”

Kata Ibnu Ainah lagi: “Kemudian dia pun pergi dan kami tidak melihatnya lagi. Setelah itu saya berjumpa dengan Sufyan As-Tsauri dan dia berkata: “Barangkali lelaki itu adalah Khidir atau wali Allah yang lain.”

Ada diceritakan ketika Hasan Basri berceramah di hadapan jemaahnya, tiba-tiba datang seseorang yang matanya kehijau-hijauan. Melihat yang demikian Hasan Basri bertanya kepadanya: “Apakah memang begini engkau dilahirkan oleh ibumu atau ini sebagai tanda?” Orang yang baru datang itu berkata: “Apakah sememangnya engkau kenal kepadaku wahai Abu Said?” Hasan Basri berkata: “Siapa engkau sebenarnya?” Lelaki itu memperkenalkan dirinya sehingga jelas bagi semua jemaah yang ada di tempat itu. Hasan Basri berkata lagi: “Tolong ceritakan bagaimana kisahmu.”

Lelaki itu berkata: “Pernah pada suatu hari dahulu aku mengangkut semua barang-barangku ke dalam kapal. Aku pun berlayar menuju Cina. Ketika berlayar mengharungi lautan yang dalam, tiba-tiba angin bertiup kencang. Terjadi ombak yang begitu hebat dan kapal yang saya naiki pun terbalik. Rupanya ajalku belum tiba, aku dibawa oleh ombak ke pantai. Aku terdampar di satu pulau yang tidak didiami oleh manusia. Empat bulan lamanya aku keseorangan di pulau itu. Makanan tidak ada kecuali daun-daunan dan batang kayu yang lapuk. Bahkan minuman pun tidak ada kecuali air mata yang sentiasa mengalir kerana sedihnya.

Tidak terdaya lagi menahankan hidup seperti itu sehingga aku sudah bermaksud berenang menyeberangi lautan yang luas itu. Ketika berjalan mendekati laut yang ombaknya melambai-lambai itu, tiba-tiba di hadapanku sudah ada istana yang pintunya seperti perak. Kubuka pintunya rupanya di dalam ada bilik-bilik dan beberapa ruang tamu yang lengkap dengan perhiasan. Di dalam istana itu juga ada beberapa buah peti yang dihiasi dengan permata. Aku buka salah satu peti itu. Aku dekati peti itu kemudian terasalah semerbak yang cukup harum. Aku buka perlahan-lahan, rupanya di dalam ada mayat yang masih segar seperti orang tidur. Aku tutup semula peti itu kemudian aku keluar dari istana itu.

Sebaik sahaja turun dari tangga istana, aku berjumpa dengan dua orang pemuda kacak dan nampak ramah.

Mereka bertanya siapa aku dan aku pun memberikan butir-butir peribadiku. Mereka berkata: “Pergilah ke pohon sana. Di bawah pohon itu ada taman yang indah. Dan di situ nanti ada orang tua yang sedang mengerjakan solat. Dia itu baik orangnya. Ceritakan dirimu dan keadaanmu kepadanya kemudian nanti dia akan menunjukkan jalan kepadamu.”

Aku pun pergi ke pohon yang mereka tunjukkan itu. Memang benar, di bawahnya ada seorang lelaki tua sedang duduk berzikir. Aku ucapkan salam kepadanya kemudian dia pun menjawabnya. Dia tanya siapa diriku kemudian aku pun menerangkannya. Dia tanya mengapa aku sampai di tempat itu kemudian aku ceritakan semuanya. Lelaki itu terdiam sejenak merenungkannya. Dia tanya mengapa aku sampai di tempat itu kemudian aku ceritakan semuanya.

Lelaki itu terdiam sejenak merenungkan perjalananku dan macam-macam yang aku lihat sebelumnya. Dia tanya lagi di mana kampungku kemudian aku ceritakan. Kemudian lelaki itu berkata: “Kalau begitu duduklah dahulu.”

Aku duduk sahaja memperhatikan lelaki itu. Tidak lama kemudian datanglah tumpukan awan mendekati beliau.

Anehnya awan itu sanggup berkata seperti manusia dengan ucapan: “Assalamu Alaikum ya wali Allah.” Beliau menjawab salam awan itu kemudian awan itu pun berhenti di hadapan beliau.

Beliau bertanya kepada awan itu: “Ke mana engkau mahu pergi?” Awan itu menjawab: “Aku mahu pergi ke kampung ini dan kampung ini.” Kemudian awan itu pun pergi seperti ditiup angin. Datang lagi awan-awan yang lain dan kesemuanya berhenti di depan beliau. Beliau bertanya lagi kepada awan yang datang kemudian: “Ke mana engkau mau pergi?” Awan itu menjawab: “Saya mahu pergi ke Basrah.” Beliau berkata: “Kalau begitu turun dahulu.” Awan itu turun dan berhenti di hadapan beliau. Beliau berkata: “Bawa orang ini ke depan rumahnya dengan selamat.”

Nampaknya awan itu sudah siap untuk mengangkut saya. Sebelum berangkat, saya bertanya kepada orang tua itu: “Demi Tuhan yang telah memuliakan engkau, tolong ceritakan kepadaku apa itu istana tadi, siapa dua orang pemuda itu dan siapa engkau.”

Orang tua itu berkata: “Istana yang engkau lihat tadi adalah tempat para syuhada yang gugur di laut. Orang-orang yang mati syahid di laut telah diangkut oleh malaikat. Mayat para syuhada itu mereka masukkan ke dalam peti yang dihiasi dengan emas dan permata, disembur dengan wangi-wangian dan mereka masukkan (simpan) di dalam istana seperti yang engkau lihat tadi. Dua orang pemuda tampan yang engkau jumpai tadi adalah malaikat yang disuruh Allah untuk menguruskan mereka pada waktu pagi dan petang. Sedangkan aku ini adalah Khidir. Aku dahulu ada memohon kepada Allah supaya mengumpulkan atau menggabungkan aku dengan umat nabi kamu Muhammad SAW.”

Lelaki yang dibawa awan dan datang menjumpai Hasan Basri itu berkata lagi: “Sewaktu terbang bersama awan, aku terperanjat kerana melihat sesuatu yang mengejutkan. Dan itulah sebabnya mataku seperti yang engkau lihat ini.”

Mendengar yang demikian Hasan Basri berkata: “Sungguh mengagumkan pengalaman hidupmu.”

Menurut satu riwayat, Raja Sulaiman bin Abdul Malik telah menyuruh menterinya menangkap seorang lelaki yang sangat dikehendaki untuk dibunuh. Sebaik sahaja mengetahui perintah raja itu, lelaki yang dicari tadi segera melarikan diri. Lelaki itu lari ke kampung lain. Di kampung itu dia mendengar berita hangat bahawa orang bernama ini disuruh tangkap untuk dibunuh. Dia semakin ketakutan kemudian lari lagi ke kampung lain. Di kampung itu pun rupanya sudah gempar berita itu yang menyebabkan dia lari lagi ke kampung lain. Begitulah yang dia dengar setiap pergi ke satu kampung. Akhirnya dia terfikir untuk lari ke negeri di luar kekuasaan Sulaiman bin Abdul Malik.

Sekarang dia sudah sampai di satu padang pasir yang amat luas, yakni di tempat itu tidak ada pokok yang tumbuh, tidak ada air dan makanan apapun, bahkan nampaknya tempat itu adalah tanah yang tidak pernah diinjak oleh manusia.

Di situ dia melihat seorang lelaki tengah mengerjakan solat. Dia pandang di sekeliling orang yang solat itu, ternyata tidak ada tunggangan, tidak ada bekalan dan sebagainya. Dia begitu hairan melihat lelaki itu mengapa berada seorang diri di tempat itu. Dia ingin mendekati lelaki itu tetapi tidak jadi kerana ketakutan. Hatinya bertanya: “Ini manusia atau jin ini.” Dia beranikan dirinya untuk mendekati lelaki itu. Kemudian lelaki itu memandang ke arahnya dan berkata: “Barangkali Sulaiman bin Abdul Malik yang membuatmu ketakutan sehingga tersesat ke tempat ini.” Dia berkata: “Betul tuan.” Lelaki itu berkata: “Mengapa tidak engkau buat pendinding dirimu?” Dia bertanya: “Pendinding apa maksudnya?” Lelaki itu berkata: “Bacalah zikir seperti ini (yang maksudnya):

Maha Suci (Tuhan) Yang Maha Esa yang tidak ada Tuhan selain-Nya.

Maha Suci (Tuhan) Yang Maha terdahulu dan tidak ada yang menjadikan-Nya.

Maha Suci (Tuhan) Yang Maha Kekal dan tidak akan binasa.

Maha Suci (Tuhan) Yang Dia setiap hari dalam kesibukan.

Maha Suci (Tuhan) Yang Maha Menghidupkan dan Maha Mematikan.

Maha Suci (Tuhan) yang telah menciptakan apa yang dilihat dan tidak kelihatan.

Maha Suci (Tuhan) yang mengajari segala sesuatu tanpa pengajaran secara langsung.

Dalam zikir di atas ada dinyatakan bahawa Allah setiap hari atau waktu berada dalam kesibukan. Ini sebenarnya ada ditemui di dalam Quran, iaitu ayat yang mengatakan: Setiap waktu Dia (Allah) dalam kesibukan.

(Al-Rahman: 29)

Maksudnya Allah SWT sentiasa dalam keadaan menciptakan, menghidupkan, mematikan, memelihara, memberi rezeki kepada semua makhluk dan sebagainya. Orang itu berkata: “Bacalah zikir ini.” Lelaki itu berkata: “Maka saya pun menghafal zikir itu dan membacanya. Tiba-tiba lelaki itu sudah menghilang dan tidak nampak lagi. Tetapi berkat amalan itu, perasaan takut sudah hilang dari diriku. Aku sudah bermaksud pulang ke kampungku menjumpai keluargaku, bahkan aku ingin pergi menjumpai Sulaiman bin Abdul Malik.

Pada suatu hari, yang mana rakyat jelata dibolehkan berjumpa dengannya, saya pun masuk ke istananya. Sebaik sahaja saya masuk ke ruang tamunya, dia memandangiku seakan ada sesuatu yang ingin dikatakannya. Dia mendekati aku kemudian berkata: “Engkau telah menyihir aku.” Saya jawab dengan tenang: “Wahai Amirul Mukminin, saya tidak ada mengguna-guna tuan. Saya tidak pernah belajar ilmu sihir dan saya tidak ada menyihir tuan.”

Sulaiman bin Abdul Malik menerangkan apa yang ada dalam hatinya secara jujur: “Dulu aku begitu marah melihat engkau. Aku sudah bertekad akan membunuh engkau. Rasanya kerajaanku ini tidak sempurna kalau tidak membunuh engkau. Tetapi setelah melihat wajahmu tadi, aku begitu sayang kepada engkau. Sekarang ceritakan secara jujur apa yang engkau amalkan itu. Dia pun menyebutkan zikir tadi. Mendengar yang demikian Sulaiman bin Abdul Malik berkata: “Demi Allah Khidirlah yang mengajarkan amalan itu kepadamu.” Akhirnya raja memaafkan segala kesalahannya dan menyayanginya.

Amalan yang paling disukai Allah

Dari Raja’, beliau berkata: “Pernah pada suatu hari ketika saya berada di samping Sulaiman bin Abdul Malik, tiba-tiba datang seorang lelaki tampan. Lelaki itu memberi salam kemudian kami jawab. Kemudian dia berkata: “Wahai Raja’, sesungguhnya telah diuji keimananmu ketika engkau dekat dengan lelaki ini (Raja Sulaiman). Kalau engkau dekat dengan dia, maka engkau akan celaka. Wahai Raja’, engkau mesti sentiasa berbuat baik dan menolong orang-orang lemah. Ketahuilah wahai Raja’, sesiapa yang mempunyai kedudukan di kerajaan sultan, lalu dia mengangkat hajat orang-orang lemah yang mereka tidak sanggup menyampaikannya, maka orang yang mengangkat atau menyampaikan itu akan menjumpai Allah pada hari kiamat dalam keadaan kedua tumitnya tetap ketika berhisab. Ketahuilah wahai Raja’ bahawa sesiapa yang menunaikan hajat saudaranya sesama muslim maka Allah akan menunaikan hajatnya. Dan ketahuilah wahai Raja’ bahawa amalan yang paling disukai Allah ialah amalan menyenangkan hati orang mukmin.”

Setelah memberikan pengajaran yang bernas itu, tiba-tiba lelaki itu sudah menghilang. Ramai yang berpendapat bahawa yang datang memberikan pengajaran itu ialah Nabi Khidir.

Mas’ab bin Thabit bin Abdullah bin Zubair adalah seorang yang rajin beribadat. Dia selalu berpuasa dan mengerjakan solat tidak kurang dari seribu rakaat sehari semalam. Dia ada berkata: “Pernah ketika aku berada di dalam masjid sedangkan orang semuanya sudah pulang, ke rumah masing-masing, tiba-tiba datang seorang lelaki yang tidak saya kenal. Lelaki itu menyandarkan badannya ke dinding masjid sambil berkata: “Ya Allah, sesungguhnya Engkau tahu bahawa aku berpuasa sejak kelmarin. Sampai sekarang pun aku masih berpuasa. Aku tidak mendapatkan makanan dan minuman dan aku menginginkan al-Tharid (nama makanan). Berikanlah kepadaku ya Allah makanan dari sisi Engkau.”

“Tiba-tiba saya melihat seorang pelayan datang membawa hidangan. Pelayan itu nampaknya tidak seperti orang biasa. Orangnya tampan, bersih dan pakaiannya kemas. Dia berjalan ke arah lelaki yang berdoa tadi sambil meletakkan hidangan itu di hadapannya. Lelaki itu pun membetulkan duduknya menghadap hidangan itu. Sebelum mencicipi makanan itu dia memandang saya dan mengajak saya supaya ikut makan bersamanya. Hatiku berkata: “Syukur dia mengajak saya makan bersama.” Ketika itu saya yakin makanan itu didatangkan dari syurga sehingga saya pun ingin betul mencuba. Baru sedikit saya cuba tahulah saya bahawa makanan itu bukan makanan yang biasa di dunia ini.

Sebenarnya saya merasa segan dan malu kepada orang yang tidak saya kenal itu. Belum lagi kenyang rasa perutku saya sudah mengucapkan terima kasih dan pergi ke tempatku semula tadi. Tetapi saya masih terus memperhatikan lelaki itu. Setelah dia selesai makan, datang lagi pelayan tadi mengambil hidangan itu. Dia pergi lagi ke arah tempat datang tadi. Lelaki yang baru selesai makan itu pun sudah berdiri dan nampak pergi. Aku kejar dia kerana ingin tahu siapa dia sebenarnya. Tetapi malangnya dia tiba-tiba saja menghilang dan saya tidak tahu ke mana perginya. Besar kemungkinan lelaki itu adalah Nabi Khidir.”

Diriwayatkan oleh Ibnu Asakir, dari Ibrahim bin Abdullah bin Al-Mughirah, dari Abdullah, berkata: “Telah bercerita kepadaku ayahku bahawa pengurus sebuah masjid berkata kepada Walid bin Abdul Malik: “Sesungguhnya Nabi Khidir sembahyang setiap malam di masjid.”

Dari Daud bin Yahya, katanya bercerita seorang lelaki yang selalu berada di Baitul Maqdis: “Pada waktu saya berjalan di salah satu lembah di Jordan, saya melihat di lembah bukit itu ada orang yang sedang mengerjakan solat. Saya lihat di atasnya ada awan yang melindunginya daripada panas matahari. Menurut tekaanku lelaki itu adalah Nabi Ilyas. Saya dekati dia kemudian kuucapkan salam kepadanya. Dia berpaling kepadaku sambil menjawab salamku. Aku tanya: “Siapa anda sebenarnya wahai orang yang dirahmati Allah?” Dia diam sahaja dan tidak menjawab soalanku. Kutanya lagi seperti soalan pertama kemudian dia menjawab: “Aku adalah Ilyas An-Nabi.”

Tiba-tiba sahaja merinding bulu romaku. Aku gementar, dan yang paling kutakutkan dia menghilang sebelum saya sempat menanyakan itu dan ini. Aku berkata kepadanya: “Tolong doakan supaya Allah menghilangkan penyakitku ini.” Dia pun berdoa. Tiba-tiba penyakitku terasa sudah sembuh.

Aku tanya lagi: “Kepada siapa tuan diutus?” Beliau menjawab: “Aku diutus kepada penduduk Baklabakka.” Kutanya lagi: “Apakah sekarang ini tuan masih ada menerima wahyu?” Beliau menjawab: “Bukankah sudah diutus Muhammad sebagai nabi penutup? Aku tidak ada menerima wahyu lagi.”

Katanya lagi: “Kalau begitu berapa lagi nabi yang masih hidup sekarang ini?” Beliau menjawab: “Sekarang ada empat orang lagi nabi yang masih hidup, iaitu saya sendiri (Ilyas), Khidir di bumi (darat), dan Nabi Idris bersama nabi Isa di langit.”

Kutanya lagi: “Apakah tuan pernah berjumpa dengan Nabi Khidir?” Beliau menjawab” “Ya, setiap tahun kami berjumpa di padang Arafah, yakni pada musim haji.”

Kutanya: “Apa yang kamu lakukan jika berjumpa di sana?” Beliau menjawab: “Aku ambil rambutnya kemudian dia pun mengambil (mencukur rambutku).”

Kutanya lagi: “Berapa orang lagi Al-Abdal (Wali Allah yang lain)?” Beliau menjawab: “Ada 60 orang lelaki. 50 orang berada di kawasan Mesir sampai pantai Furat, 2 orang di Masisah, 1 orang di Antokiah dan 7 orang di pelbagai penjuru dunia. Merekalah yang mengatur hujan dan mereka yang menolong untuk mengalahkan musuh Allah, bahkan di tangan mereka berdirinya dunia ini, dia matikan mereka semua supaya dunia ini pun hancur.” Ini menurut satu pendapat sangat tidak sahih.

Nabi Khidir mengubati dengan Asmaul Husna

Berkata Abul Hasan bin Al-Munadi: “Bercerita kepada kami Ahmad bin Mulaib, dari Yahya bin Said, dari Abu Jakfar Al-Kufi, dari Abu Umar Al-Nasibiy, berkata: “Aku pergi mencari Maslamah bin Masqalah di Syam. Ramai yang mengatakan Maslamah termasuk wali Allah juga. Setelah berusaha mencarinya, saya menjumpainya di salah satu lembah di Jordan.

Beliau berkata kepadaku: “Mahukah engkau kuceritakan kepadamu tentang apa yang kulihat tadi di lembah bukit ini?” Kujawab: “Tentu aku ingin mendengarnya.” Beliau berkata: “Ketika saya datang tadi ke lembah ini, saya melihat seorang syekh yang sedang mengerjakan solat di bawah pokok itu. Besar kemungkinan lelaki itu adalah Nabi Ilyas. Aku berjalan mendekatinya kemudian memberi salam kepadanya sekalipun dia sedang mengerjakan solat. Saya lihat dia rukuk, kemudian iktidal, dan kemudian sujud.Selesai solat dia memandang ke arah suaraku datang kemudian menjawab salamku setelah melihat aku berdiri di situ.

Aku tanya dia: “Siapakah engkau wahai orang yang dirahmati Allah.” Dia menjawab : “Aku adalah Ilyas Al-Nabi.”

Aku begitu gugup mendengar kata-katanya itu.Dia datang mendekati aku. Dia letakkan tangannya di dadaku sehingga aku merasakan kesejukan tangannya.

Aku berkata kepadanya: “Wahai nabi Allah, doakanlah supaya Allah menghilangkan penyakitku ini.” Kemudian beliau pun berdoa dengan menggunakan nama Allah, lima di antaranya dalam bahasa Arab dan tiga lagi dalam bahasa Siryani. Beliau membaca: “Ya Wahid, Ya Ahad, Ya Somad, Ya Fardun, Ya Witrun. Beliau menyebut tiga potong perkataan lagi yang saya sendiri tidak tahu maknanya. Kemudian beliau menarik tanganku sambil mendudukkan aku.Ketika itu rasanya penyakitku sudah hilang.

Aku bertanya kepadanya: “Wahai nabi Allah, Bagaimana pendapatmu tentang orang ini (saya sebutkan Mirwan bin Muhammad), yang ketika itu menahan beberapa orang ulama. Beliau berkata: “Bagaimana hubungan kamu ?” Aku menjawab “Wahai nabi Allah kalau aku berjumpa dengannya dia berpaling. Dia tidak memberi sebarang komen.

Aku bertanya lagi: “Wahai nabi Allah,apakah sekarang ini masih ada di dunia ini Al-Abdal. (wali-wali Allah)?Beliau menjawab:”Ada” Mereka semua ada sebanyak 60 orang. 50 orang di kawasan Mesir sampai pantai Furat, 3 orang di Masisah, 1 orang di Antokiah dan yang lainnya di daerah Arab lainnya.”

Aku bertanya lagi:”Wahai nabi Allah, Apakah tuan ada berjumpa dengan nabi Khidir?” Beliau menjawab “Ya setiap musim haji kami berjumpa di Mina.” Aku bertanya: Apa yang kamu lakukan jika berjumpa?” Beliau menjawab: “Aku mengambil rambutnya dan dia pun mengambil rambutku.”

Aku berkata kepadanya: “Wahai nabi Allah. sebenarnya saya ini adalah orang yang hidup sebatang kara, tidak mempunyai isteri dan anak. Kalau tuan bersetuju biarlah saya ikut bersama tuan ke mana sahaja tuan pergi.” Beliau menjawab: Engkau tidak sanggup berteman denganku.”

Ketika bercerita dengan beliau tiba-tiba aku melihat satu hidangan makanan keluar dari akar pohon itu kemudian diletakkan di hadapan beliau. Sementara orang yang mengangkatnya tidak kelihatan. Dalam hidangan itu ada tiga ketul roti. Beliau sudah menghulurkan tangannya untuk makan makanan itu. Tetapi tiba-tiba beliau belum jadi memakannya dan beliau mengajak aku supaya sama-sama makan.

Saya duduk di sebelah beliau, kemudian beliau berkata kepadaku: “Mulailah dengan Bismillah dan ambilah dari yang terdekat kepadamu “Kami pun memakannya bersama-sama. Selepas makan saya lihat jelas dulang itu diangkat lagi tetapi tidak kelihatan orang yang mengangkatnya. Kemudian didatangkan lagi kepada beliau minuman tetapi tidak kelihatan orang yang membawanya. Beliau membagi dua minuman itu, separuh beliau minum dan separuh lagi beliau serahkan kepadaku. Saya cuba minuman itu, oh rasanya cukup lazat. Minuman itu lebih putih daripada susu dan lebih manis daripada madu. Selesai minum saya letakkan tempatnya. Tiba-tiba saya lihat terangkat lagi tetapi tidak tahu siapa mengangkatnya.

Kemudian beliau memandang ke bawah (tempat yang lebih rendah lagi), rupanya di situ sudah ada binatang menunggu yang lengkap dengan tempat duduknya. Binatang itu lebih besar dari keldai dan tidak sampai sebesar baghal. Beliau berjalan ke arah tunggangan itu. Aku kejar beliau dan aku minta supaya ikut bersamanya. Tetapi beliau berkata: “Bukankah sudah aku katakan bahawa engkau tidak sanggup mengikuti perjalananku?” Saya merasa kecewa dan hanya mampu berkata: “ Kalau begitu bagaimana caranya supaya saya berjumpa lagi dengan tuan?” Beliau menjawab: “ Kalau betul-betul ingin berjumpa denganku, kita akan berjumpa lagi nanti.” Tambah beliau lagi: “Semoga engkau dapat menjumpai aku lagi nanti pada bulan Ramadhan di Baitul Maqdis dalam keadaan iktikaf.” Beliau pergi ke bawah pohon dan aku ikuti dari belakang tetapi tiba-tiba beliau menghilang.”

________________________________________

Dipetik Dari Buku: Kisah Nabi Khidir a.s.

Pengarang: Al-Hafiz Ibnu Hajar al Asqalaniy.